William Bourdon: Bersih Tak Boleh, Altantuya Tak Boleh!

AntiKarat
Sakit jadi rakyat Malaysia. Nak cakap Bersih tak boleh. Nak demo tak boleh. Nak pakai baju kuning tak boleh. Nak sebut Altantuya tak boleh. Nak bincang bab Scorpene tak boleh. Serba tak boleh. Cakap sepatah polis beri amaran. Cakap sepatah Hishamudin gertak. Cakap sepatah Zahid Hamidi ugut. Cakap sepatah Najib hentam. Apakah rimba negaraku ini?

Nah, malam ni peguam hak asasi Peranchis pula tak boleh cakap. Habis orang kena tutup mulut. Puas tutup mulut rakyat sendiri, mula tutup mulut orang luar. Cerdikkah kerja ni? Bukankah jadi lebih kusut. William Bourdon tu bukan Pat Mat jual rokok daun. Dia tu peguam internasional. Orang percaya cakapnya. Cakap Najib seantero dunia orang ragu dah.

Kalau rakyat Malaysia pakai baju Bersih bolehlah kau tangkap. Bolehlah kau paksa rakyat jangan terlibat dengan Bersih. Bolehlah kau tafsir Bersih itu pertubuhan haram sebab kau tu menteri. Di Malaysia, undang-undang kena ikut kata Menteri; bukan Menteri kena ikut undang-undang.

Di Peranchis mana boleh buat macam tu. Di Malaysia bolehlah kau sekat media cakap tentang Scorpene, tentang Altantuya. Di luar Malaysia, gilalah kau buat kerja macam tu. Orang putih kata jakun mana ni. Jakun pun boleh jadi Menteri? Waduh.

Pengusiran William Bourdon jadikan politik Malaysia semakin menarik. Tunggulah tindakan peguam ni wahai manusia yang takut akan lembaga hitam Scorpene dan hantu Altantuya. Ya serba tak kena. Kalau tak diusir, habis heboh 1Malaysia. Diusir pulak, habis heboh seantero alam.

Sakit kepala macam ni. Kau tidur dululah Rosmah. Aku tak berselera malam ni. Tak mahu tidur lagilah,bang. Tak puas lagi tengok cincin di jari ni. Orang kampung juga yang sedap tidurnya. Bangun besok boleh baca berita ribuan sambut PM di KLIA. Oh Najib, kau wiraku. Oh Rosmah, kau intanku. Selamat pulang juga kalian berdua. Seperti harapanmu, William Bourdin juga telah kuhantar pulang.

-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan