Kedah La
AHLI UMNO TAK MAU JUAL BUAH MOKTAN PADA PERAIH SEBAB NAK TUNGGU KERAJAAN NEGERI MAI KUTIP BUAH DARI RUMAH
(Pakat-pakat baca dulu berita yang kononnya dikeluarkan oleh Bernama ini)
KUALA NERANG, 21 Ogos – Segelintir ahhli-ahli UMNO yang juga pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.
Aktivis UMNO Fatah Ahmad, 50, berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.
“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.
“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.
Abdul Fatah, yang juga ahli UMNO seumur hidup berkata mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.
Mizan Ahmad, 45, pula berkata rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan.
“Mereka janji nak selesaikan masalah rakyat di daerah ini, tetapi kerajaan negeri langsung tidak membantu, malah hanya menyusahkan rakyat sahaja,” katanya.
Tinjauan Bernama di dusun buah-buahan sekitar Kampung Bendang Tok Tri, Naka mendapati banyak rambutan yang rosak bertaburan di atas tanah ekoran tidak dipungut pemiliknya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata beliau kesal dengan janji yang ditaburkan pemimpin PAS semata-mata untuk menggembirakan dan meyakinkan hati rakyat tanpa mengambil kira kesannya.
Beliau berkata rakyat Kedah perlu menilai sendiri kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin PAS menyelesaikan masalah kecil seperti itu.
Terdahulu, Badrol Hisham bersama 40 pemilik dusun buah-buahan daerah berkenaan mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kerajaan negeri yang mungkir janji itu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Datuk Amiruddin Hamzah gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksi beliau.
-MediaUMNO-
Begitulah berita yang tersiar dalam media talibarut UMNO. Kedah La tak mau komen apa-apa biaq pembaca dan seluruh rakyat Kedah nilai tengok mentaliti dan sikap sebenar sebahagian orang UMNO.
Cerita lawak dari Naka.. Kisah orang UMNO dan buah moktan
Cerita lawak dari Naka.. Kisah orang UMNO dan buah moktan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan