Isteri ditembak mati semasa berjalan


NASISH NOORANI
BOONTON, Amerika Syarikat (AS): Polis mengesyaki sepasang suami isteri beragama Islam yang berketurunan Pakistan ditembak semasa sedang menolak kereta sorong anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun di sini merupakan sasaran serangan terancang.


Serangan itu berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.


Dalam kejadian tersebut pada Selasa lalu, si isteri, Nasish Noorani, 27, terbunuh manakala suaminya, Kashif Pervaiz, 26, cedera ditembak sebanyak empat kali.


Kashif menjalani pembedahan di sebuah hospital kelmarin.

POTRET perkahwinan Nasish Noorani dan suaminya, Kashif Pervaiz.
Namun anak mereka tidak ditembak Kashif merupakan pelajar doktor falsafah (Ph-D) di Universiti Harvard dalam bidang kejuruteraan dan seni bina.


“Kes ini masih dalam siasatan dan pendedahan maklumat pada peringkat ini akan menjejaskan siasatan,” kata pendakwa raya Daerah Morris, Robert Bianchi dalam satu kenyataan.


“Berpandukan maklumat yang telah kami peroleh, sasaran tembakan ini telah dirancang dan kejadian ini bukan kes tembakan rambang yang membahayakan nyawa orang ramai,” tambahnya.


Pasangan suami isteri itu berada di rumah saudara perempuan Nooraini di sini untuk berbuka.


Mereka ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai berbuka puasa.


Laman berita NJ.com melaporkan bahawa lima das tembakan dilepaskan sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan. Noorani ditembak dekat dengan jantungnya manakala suaminya pula ditembak di pergelangan kaki dan bahu.


Polis masih memburu tiga suspek yang terbabit dalam serangan kejam itu. 
–Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan