Polis akhirnya mengaku salah!!


Polis mengaku mereka melaksanakan taktik yang salah dalam menghadapi rusuhan, demikian kata Perdana Menteri David Cameron di hadapan ahli parlimen Britain. Cameron menambah bahawa rusuhan di beberapa bandar di Britain adalah tindakan jenayah semata-mata dan tidak ditangani kerana terlalu sedikit polis yang diturunkan.


Dia mengumumkan larangan penggunaan penutup wajah dan meninjau pelaksanaan larangan keluar rumah ketika perjumpaan kecemasan parlimen.

Lebih dari 1500 orang telah ditangkap berkaitan rusuhan yang sejak Sabtu lalu.

Perdana menteri Britain itu sebelum bertemu parlimen telah melakukan perjumpaan dengan ahli-ahli suruhanjaya kecemasan Cobra untuk membincangkan tindak kekerasan yang terjadi dengan para menteri.

Sederhananya terlalu sedikit polis dan kesalahan taktik, kata Cameron.

Ketua polis dengan jujur ​​menjelaskan mengapa hal ini boleh terjadi.

Awalnya mereka menganggap sebagai rusuhan biasa dan bukan jenayah.

Mantan menteri Sir Malcolm Rifkind juga menyatakan kebimbangan-kebimbangan bahawa para polis hanya diminta untuk berdiri dan melihat saja rompakan.

PM David Cameron melancarkan program pemulihan bernilai Pound 10 bilion untuk membantu dewan kerajaan bandar agar dapat pulih kembali.

Dia juga mengatakan akan melakukan apa saja serta membantu syarikat untuk bangkit kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan