Ribuan Sembahyangkan Jenazah Pemuda Yang Mati Ketika Rusuhan di England.

Selatanonline
Berikut ialah gambar ribuan umat Islam Birmingham yang hadir untuk pengkebumian dan menyembahyangkan jenazah 3 orang pemuda Islam yang terbunuh ketika rusuhan yang belaku di England 10 Ogos lalu.


Di Birmingham Haroon Jahan (21) serta dua orang adik beradik Shazad Ali (30) dan Abdul Musavir (31) meninggal dunia setelah dirempuh kereta perusuh yang cuba melakukan kekacauan. Ketiga-tiga orang mangsa pada ketika itu sedang melakukan kawalan keselamatan berhampiran kawasan perumahan mereka. Semalam jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Birmingham. Majlis pengkebumian dan solat jenazah mereka dihadiri ribuan penduduk Birmingham dan dilakukan di Summerfield Park. Just look at the humber of people there. Sobering isn't it. Di kalangan komuniti Islam Birmingham ketiga-tiga dikatakan mati syahid kerana mempertahankan ahli keluarga dan harta benda milik mereka dari dimusnahkan perusuh. What do you guys think? Me? I think their death is a loss to the community. RIP
 

 

Sila klik sini untuk ke artikel menarik yang  lain 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan