Penghina Islam: Salinan kad pengenalan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Milosuam
SEJAK sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec mendakwa telah berjaya mendedahkan maklumat seorang blogger anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, pelbagai persoalan timbul.

Nor Arlene Tan Binti Khalid menafikan bahawa dirinya adalah Hajjah Sitt Al-Wuzara, begitu juga blogger anti Islam tersebut yang turut menafikan bahawa dirinya adalah Arlene Tan, rujuk sini Penafian Arlene

Hasil semakan di blog anti Islam tersebut, ReJaM© menemui satu bukti yang berasasbagi membuktikan bahawa Arlene Tan dan Hajjaj Sitt Al-Wuzara bukanlah orang yang sama. Di bawah ini satu salinan kad pengenalan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang diambil dari blog anti Islam miliknya [Sitt Al-Wuzara].
 
Kalau dilihat, nombor kad pengenalan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang pernah didedahkan di blognya sebelum ini ialah XX0513-14-XXX2, manakala nombor kad pengenalan Arlene Tan pula seperti yang didedahkan oleh Gaysec ialah 850626-14-6572. Alamat kedua-dua individu ini juga menunjukkan perbezaan yang ketara.
 
Pendapat peribadi ReJaM©, lebih baik orang yang bersalah dilepaskan daripada kita menghukum orang yang tidak bersalah. Bukti ini menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh Gaysec kerana mendedahkan maklumat orang yang salah. Bagaimanapun, hanya Allah yang lebih mengetahui.

ReJaM© 
"Jika tiada aral, satu lagi bukti akan didedahkan..."

BERIKUTAN pendedahan Gaysec yang mendakwa Nor Arlene Tan Binti Khalid adalah pemilik blog anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Alwuzara, pelbagai kecaman dan ugutan diterima olehnya.

Arlene telah mengeluarkan satu kenyataan umum penafian yang menjelaskan bahawa dirinya bukanlah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara di dalam blognya [purplepearl].

Di dalam kenyataann itu, Arlene menegaskan bahawa beliau bukanlah Sitt Wuzura, dan beliau tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Malah Arlene menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui isu ini sehinggalah dimaklumkan oleh salah seorang rakannya di facebook memberitahu bahawa dirinya telah dituduh secara silap. Selain itu Arlene mendakwa baru pertama kali membaca blog anti Islam itu dua hari yang lalu atas sebab untuk memberikan bukti kepada pihak Polis.
 
Satu laporan Polis telah dibuat oleh Arlene terhadap Gaysec dan individu-individu yang telah menuduhnya secara silap dan menyebarkan maklumat dirinya di internet menggalakkan orang ramai mengganggunya, rujuk sini [Laporan Polis Arlene].

Dalam pada itu, penulis blog anti Islam yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu juga telah mengeluarkan satu kenyataan penafian. Dia menafikan bahawa dirinya adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Sila rujuk sini [Google plus]

ReJaM© "Hanya Allah yang Maha Mengetahui, nantikan perkembangan seterusnya..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan