JAY RADCLIFFE menunjukkan sebuah peranti radio yang digunakan untuk menggodam pam insulin semasa dia menghadiri persidangan Black Hat di Las Vegas pada Khamis lalu.
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS): Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.
Akibatnya, pesakit diabetis boleh dikawal supaya menerima terlampau banyak atau terlalu sedikit insulin iaitu hormon yang mengawal pencernaan gula, sekali gus membahayakan nyawa mereka.
Penyelidik siber berkenaan, Jay Radcliffe yang juga penghidap diabetes mencipta sendiri peranti radio untuk menggodam seterusnya mengawal pam insulin yang digunakan oleh pesakit diabetis.
Dia membentangkan penemuan itu pada persidangan keselamatan komputer Black Hat di sini pada hujung minggu lalu.
"Reaksi awal saya ialah peranti penggodam ini hebat tetapi saya kemudian berasa gerun apabila menyedari pam insulin yang membantu saya untuk terus hidup tidak memiliki kawalan keselamatan," katanya.
Penemuan Radcliffe mencetuskan kebimbangan mengenai peralatan kesihatan sedia ada seperti peralatan yang mengawal degupan jantung dan monitor bilik pembedahan di era Internet.
-Agensi/kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan