Zainal Ratin Zainal Abidin, 67 memberi kenyataan kepada media selepas membuat laporan polis berkaitan namanya disenaraikan sebagai salah seorang yang didakwa telah murtad kerana menukar agama Islam kepada Kristian di sini, hari ini.
Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.
Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di ibu negara dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira jam 2 petang.
Beliau berkata perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.
"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.
Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.
- Bernama
*************************************************************
Sebenarnya senarai yang dikeluarkan oleh MSK di dalam blog Malaysia Times itu berdasarkan rekod di dalam Daftar Pemilih negeri Perak. Jika MSK mengambil data tersebut daripada daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR, jadi rasanya tidak timbul isu fitnah di sini. Isu yang akan timbul ialah isu salah rekod olah SPR yang dinyatakan sendiri oleh pengerusinya sekitar 0.0001%. Nak marah siapa pakcik oii!!: Author Faethal
Oleh Pulakdah
-selatanonline-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan