Tiada pertemuan Nik Aziz-Ku Li

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mendakwa Umno BN cuba membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menutup isu dalaman Umno.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, wujud gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pertemuan di antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ku Li seperti dilaporkan media tidak wujud sama sekali.

"Saya dapat maklumat ada satu gerakan serius dalam Umno nak minta Najib berundur kerana Najib dilihat liabiliti kepada BN," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan