Bahan Propaganda BN Kepada Cikgu Di JOHOR

N_ja
BAHAN-bahan penerangan berbentuk propaganda BN didakwa diedar pada Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pemantapan Warga Pendidikan (Zon Barat) Negeri Johor.
Majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin bersama sebahagian guru daerah Muar, Segamat, Batu Pahat dan Pontian negeri Johor pada 15 september 2011 di Dewan Jubli Intan Muar itu adalah antara siri penyalahgunaan kuasa berleluasa berlaku yang diamalkan oleh Barisan Nasional Khususnya UMNO.

Antara bahannya seperti 1) Islam, politik dan Pakatan Rakyat. Satu kontroversi. 2) Pakatan Rakyat 'halalkan' yang haram. 3) Dvd : Membela Maruah Agama dan Bangsa, oleh Dr. Mohammad Fairus Khairuddin, mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. 4) Risalah : Bermuzakarah dan Bekerjasama Dalam Kebaikan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, antara isi kandungan bahan tersebut memaparkan penyelewengan maklumat dengan keratan-keratan akhbar lalu disulami kepingan gambar sebagai satu bentuk pengeksploitasian yang tidak sepatutnya berlaku.

'Saya terkejut bila duduk saja kat kerusi, kami dibekali dua buah buku kecil, satu bahan risalah dan sekeping Dvd yang kebanyakan kandungannya memaparkan gambar pemimpin pembangkang' katanya kepada Penulis.

Sumber turut persoalkan kewajaran bahan tersebut diedar sedangkan program seumpama itu adalah satu kursus untuk memantapkan profesyen keguruan dan ia menimbulkan keraguan yang amat sangat.

'Saya konfius (ragu) kenapa bahan itu diedar ?. Satu lagi, kenapa sebahagiannya guru yang hadir terdiri daripada Guru agama?' soalnya lagi.

Beliau bagaimanapun meminta supaya pihak penganjur program menjawab perkara tersebut yang disifatkannya sebagai 'mengambil kesempatan' untuk kepentingan UMNO.

'Saya minta kepada Institut Aminuddin Baki dan KPM (Penganjur) untuk bertanggung jawab dalam hal ini kerana ia menimbulkan rasa tidak senang dikalangan sebahagian guru yang hadir' katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan