Polis menyoal siasat tiga wartawan akhbar web PAS Harakahdailyberhubung penyiaran sebuah artikel berhubung laporannya mengenai tokoh kontroversi Mat Indera.
Ketua pengarangnya Zulkifli Sulong (kiri) berkata, sehingga 11.55 pagi, Pengarang Azmi Yusof dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah masih disoal siasat dua pegawai polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul.
"Saya sendiri akan disiasat selepas ini. Sekarang masih menunggu giliran," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.
Menurutnya, artikel yang disiasat disiarkan dalam web itu pada 5 Ogos. Beliau bagaimanapun tidak ingat judulnya.
Artikel itu antaranya mengulas buku keluaran Yayasan Warisan Johor (YWJ) Pengukir Nama Johor yang dipetik Timbalan Presidenn PAS Mohamad Sabu bagi mempertahankan dakwaan bahawa Mat Indera wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.
Polis tiba di ibu pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang di ibu negara kira-kira jam 11 pagi tadi, kata Zulkifli.
-malaysiakini-
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan