Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan membunuh remaja Aminulrasyid Amzah, yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April, 2010.
Mahkamah Sesyen Shah Alam memndapati Jenain bersalah atas kesalahan itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.
Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.
Katananya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 peluru yang ditembak oleh Jenain daripada selaras senapang submesin-gan pada malam itu.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.
Katanya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan