Mengapa UMNO Tak Berdebat Dengan KKK dan ZK? Ini Jawapannya.

AntiKarat


Polemik tentang kemerdekaan negara semakin menarik. Dua orang profesor dah kata negara kita tidak pernah dijajah. Tanah Melayu hanyalah negeri naungan British. Jadi, kalau Tanah Melayu tak pernah dijajah, buat apa diisytiharkan merdeka. Dan buat apa sambut merdeka. Kita tak pasti sejauh mana pemimpin UMNO menerima pandangan dua orang profesor yang cuba menyelamatkan maruah UMNO ini?


Kenapa pemimpin UMNO tak respon terhadap pandangan Profesor Khoo Kay Kim (KKK) dan Profesor Zainal Kling (ZK) ini? Apakah mereka menerima konklusi ilmu dua orang profesor bersejarah ini? Kita percaya bahawa pemimpin UMNO menolak pandangan mereka. Ini bermakna pandangan KKK dan ZK amat lemah dan tertolak. Kalau pandangan mereka kuat dan jitu, tentu majoriti sejarawan dan satu UMNO akan mengiyakan pendapat mereka.

Kalau UMNO menerima pandangan KKK dan ZK, UMNO akan terperangkap dalam isu pejuang dan pengkhianat. UMNO layak dipasung di dalam wad gila kerana berpuluh tahun mengulangi kerja gila iaitu menyambut merdeka sedangkan negara tak pernah dijajah. Rupa-rupa UMNO mengajak juga rakyat menyambut merdeka saban tahun sebagai tipu helah agar rakyat terus menjulang mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Kalau tiada sambutan kemerdekaan, tak adalah kredit untuk UMNO dulu, kini dan selamanya.

Nampak gayanya UMNO dah terperangkap dengan hujah KKK dan ZK. Mereka dah tak berani nak respon. Setuju tak kena, tak setuju tak kena. Kiri kanan UMNO kena checkmate. Elok PAS beri gelanggang kepada UMNO dan dua orang profesor ini untuk berdebat. Dapatlah peluang UMNO keluar dari checkmate. Itupun kalau UMNO tak setuju dengan pandangan KKK dan ZK. Kalau setuju, rakyat ambil keputusan mudahlah. Mulai tahun depan tak payah lagi sambut merdeka. Buat habis duit rakyat saja. Tak guna menipu diri sendiri dan anak generasi. Buku sejarah yang menceritakan kemerdekaan negara yang dilaungkan sejak detik 31 Ogos 1957 layak dibakar sahaja. Rakyat dah pertikai. Rakyat dah sangsi. Benarlah kata Mat Sabu, ‘tulis sejarah baru Negara.”

Sepatutnya KKK dan ZK menguar-uarkan bahawa laungan merdeka pada 31 Ogos adalah kerja bohong. Pasang bendera sambut merdeka adalah kerja bodoh. Tetapi yang anehnya mereka hanya beria-ia untuk menyatakan bahawa Tanah Melayu tak pernah dijajah apabila Mat Sabu mengangkat Mat Indera. Kerja desparate ini samalah kerja MB Johor, Ghani Othman yang memperlekehkan buku Pengukir Nama Johor yang beliau sendiri menyetujuinya. Sebelum Mat Sabu mengangkat nama Mat Indera, Mat Indera jadi hero negeri Johor. Tak semena-mena apabila Mat Sabu kata Mat Indera adalah hero kemerdekaan, habis UMNO seluruh Johor dan 1Malaysia kata Mat Indera pengkhianat. Habis seluruh UMNO jadi semakin bodoh lantaran kerja kurang siuman pemimpin mereka. Hero dan pengkhianat boleh bertukar sekelip mata. Inilah kehebatan United Malays National Organisation.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan