Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.
"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman itu antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.
Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad (kiri) hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.
"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok.
"Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.
Portal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu".
Menaikkan syahwat
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.
Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.
Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah.
“Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini,” katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan