amkns
SEBAGAI pengguna elektrik di kawasan Shah Alam, saya terpanggil untuk menulis mengenai bil elektrik yang dibaca empat bulan sekali selepas terbaca rungutan sama pada berita 3 Oktober, 2011. Saya menerima bil yang dibaca pada September, 2011 yang lalu dan perlu membayar RM880 untuk bil semasa dan tunggakan daripada April, 2011.
Masalahnya ialah pada Mei, Jun dan Julai, bil yang diberi hanyalah anggaran dan hanya pada hujung Ogos, bacaan dibuat pada meter.
Yang menjadi musykil saya ialah dari April hingga Ogos, bacaan unit akan menjadi tinggi dan kadar yang digunakan juga menjadi tinggi kerana bagi setiap beberapa ratus unit, harga akan meningkat.
Saya cuba bertanya di kaunter dan jawapan yang diberikan bacaan adalah betul.
Saya bukan bertanyakan mengenai bacaan, cuma bila unit penggunaan tinggi, kadar juga bertambah. Setiap bulan sebelumnya, anggaran hanya rendah dan selepas empat bulan, jumlah sudah mencapai RM800. Saya kurang pasti barang kali ini strategi perniagaan Tenaga Nasional Bhd.
PENGGUNA KELIRU,
Shah Alam.
Berita Harian 4 Okt 2011
Sila baca artikel Bil elektrik naik 40 kali ganda, TNB Perompak Rakyat dihttp://amkns.blogspot.com/2011/09/bil-elektrik-naik-40-kali-ganda-tnb.html
Jangan lupa baca artikel sebelum ini , Gaji CEO TNB RM1.8 juta, ketika rakyat tanggung beban di http://amkns.blogspot.com/2011/06/gaji-ceo-tnb-rm18-juta-ketika-rakyat.html
ini teltik penipu yg diamalkan oleh amno laknatullah... lepas tu bolehlah tee end bee berbangga dgn menaja sana sini, lepas tu adalah org yg dapat gelaran datok ke tan seri ke... itu memang kerja dia orng..
BalasPadam