Bukit Aman buat keputusan ‘tak bijak’ tangkap Ibrahim Libya

Detikdaily
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA5ApboRKtAhzSsc3sYkMI4NzcctXCwDcrTdMpDjjZ5VUcE_ubg__4ub1-LEth1hoG2P7KJ3q9Bpd6zGMkIU0w30g8bpmFSSS3c0QWFe393_u80gwart_hI5hi2i8eMWY9nXrjUgHpmhBj/s200/Assyahid_Ust__Ibrahim_Libya.jpg
SEORANG bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam Tragedi Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS, Ustaz Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya sebagai ‘tidak bijak’.

Bekas Ketua Polis Daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim ) dalam bukunya Memali: A Policeman Remembers berkata keputusan ‘tidak bijak’ itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim.

Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ustaz Ibrahim, dan 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

“Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi,” katanya.

Pada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tan Sri Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah Perdana Menteri.

Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ustaz Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan dengan kekerasan.

Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa (Hitam) telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan