Himpun Tidak Hingin Kepada Ezam, Zulkefli dan Ibrahim

Mohd Sayuti Omar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzVCRFwjAyKUEHc-zo2V2uxKplAKclfZwgG1trnd9YUjzmXYHwx8FZ8EPFrR7BATZh9KYS5g4d5KSlyThjg8o82dvK1LeI0FwWiIPTXsF6wUwlOmy_cVzr7yLuW8LIWC1MH994clM2LAs/s1600/mohd_azmi_abdul_hamid.jpg
Pengerusi bersama Himpun - Perhimpunan Sejuta Umat: Untuk menyelamatkan akidah Mohd Azmi Abdul Hamid (foto)i dengan tegas menyatakan tiga manusia, Ezam Mohd Noor, Inche Ibrahim Ali dan Zulkefli Nordin alias Zulkifli 9/10 tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober depan.


Katanya tiga orang ini bukan pengucap utama di dalam majlis berekanaan. Justeru katanya dakwaan atau pun kenyataan mereka bertiga berhubung himpunan itu tidak diiktiraf atau tidak ada kena mengena dengan sekretariat Himpun.

Tegas Azmi lagi himpunan yang bakal menghimpun 100,000 umat Islam itu bebas dari agenda politik mana-mana ideologi. Tegasnya mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasikan majlis itu dengan unsur politik tidak dibenarkan.

Azmi dipetik membuat kenyataan itu ekoran Zulkefli 9/10 yang juga Ahli Parlimen Bandar Baru - Kulim ada mennguar-guarkan beliau akan menjadi salah seorang pemidato utama pada majlis itu. Kata wakil rakyat 9/10 itu beliau akan membangkit beberapa isu kontroversi mengenai kejadian murtad sebelum ini pada majlis berkenaan.

Bagaimana 'senator boy' Ezam Mohamad Nor dan wakil rayat yang menang atas tikit Pas Inchek Ibrahim Ali tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung penyertaan mereka. Bagaimana pun pertubuhan Perkasa(m), ikut bergabung dalam Himpun yang melibatkan lebih 60 buah badan bukan kerajaan itu.

Penegasan Azmi itu menjelaskan ketiga makhuluk Allah ini tidak diingini untuk ikut sama membela akidah umat Islam dalam himpun itu. Kenyaataan dan penegasan Azmi itu menunjukkan bahawa himpunan 22 Oktober itu benar-benar bebas dari ideologi politik.

Dengan kenyataan Azmi itu boleh difahamkan kehadiran ketiga makhluk Allah itu boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini dan ini tidak pelek kerana mereka sering bercakap terkeluar dari topik dan konteks sebenarnya.

Adalah diharap Himpun dapat memastikan ketiga makhluk ini yang boleh menjadi liabiliti kepada himpunan itu tidak akan hadir ataupun berada di pentas sederet dengan para pemidato lain. Adalah dikhuatiri kalau mereka lolos ke dalam majlis berkenaan menyebabkan sambutan atau semangat umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan kekuatan dan persepakatan akan terjejas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan