Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel ?

Mohd Sayuti Omar
Umno Main Kotor Sesama Sendiri
SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.

Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an

Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.

Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.

Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.

Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.

Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.

"Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya.

Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu.

"Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu.
"Sebentar saja tak sampai setengah jam.." jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.

Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpaksa menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia orang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggugurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.

Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.

Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya.

Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelamatkan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.

Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menjijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.

Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.

Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?

Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.

Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatuhkan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.

Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahakannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.

Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikeluarkan.

Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orang Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan