Jip terbang untuk tentera dicipta


WASHINGTON: Ia mungkin kelihatan seperti gambaran dalam komik tetapi jip terbang ini akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi.


Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (Darpa), iaitu satu daripada cabang tentera Amerika Syarikat sedang membina kenderaan futuristik ini menggunakan model kenderaan tentera Humvee dan dijangka sedia digunapakai menjelang akhir tahun depan.

Jip itu dicipta supaya dapat dipandu merentasi muka bumi paling sukar, mampu menahan tembakan senjata dan boleh terbang serta mendarat dengan hanya satu petikan suis.

Tentera AS berharap Humvee terbang itu boleh membawa empat askar bersama peralatan mereka pada satu-satu masa, terbang dan mendarat secara menegak, boleh diterbangkan sejauh 400 kilometer dengan menggunakan satu tangki penuh minyak serta boleh dikendalikan tanpa perlu latihan sebagai juruterbang.

Kenderaan dwi-fungsi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, syarikat Terrafugia telah mencipta Transition, iaitu kapal terbang kecil yang sayapnya boleh dilipat dan dijadikan kereta biasa. Penggunaan Transition diluluskan di AS, Julai lalu selepas melepasi beberapa ujian.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan