KUALA LUMPUR, 17 Okt: Profesor Dr Abdul Aziz Bari sedang diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dipercayai berkaitan dengan kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.
Menurut Aziz, kunjungan mereka ke pejabatnya berkaitan dengan satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu.
“Mereka ada di sini sekarang, sedang ambil kenyataan. Rasa tiada masalah. Katanya laporan terhadap saya dibuat hari Jumaat lepas,” kata Aziz (gambar).
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan