Bengong Dari Ustaz Azhar Sesuai Bagi Orang Seperti Nazri Aziz.

AntiKarat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU yang melarang penuntut universiti menyertai politik sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, hanyalah satu PANDANGAN institusi kehakiman. Tambahnya lagi dalam sidang Parlimen, “ undang-undang itu yang melarang pelajar daripada menyertai aktiviti politik masih kekal tidak berubah. Akta itu masih satu akta.

Bagaimana mungkin seorang manusia berpendidikan boleh meletakkan dirinya menjadi begitu bengong dalam berhujah? Otak pembelit dan penipu tak habis-habis untuk mempertahankan benang basah. Keputusan mahkamah yang cukup berwibawa pun masih ingin diperlekehkan sebagai satu pandangan sahaja. Kalau hujah bengong ini dipakai bermakna semua keputusan mahkamah adalah satu pandangan yang boleh diingkari.

Bagi Nazri, kerajaan boleh meneruskan AUKU kerana mahkamah hanya telah mengeluarkan satu pandangan. Kalaulah hujah dangkal tahap sekolah rendah ini digunapakai, maka tiada seorang manusia pun berhak dihukum apabila melakukan kesalahan dan jenayah. Apabila hakim membuat keputusan, mereka boleh sahaja menganggap itu hanyalah satu pandangan mahkamah. Kata Si Nazri, “ kerajaan boleh meneruskan AUKU.” Maka kata penjenayah nanti, “aku boleh meneruskan rompakan, rogol dan pembunuhan kerana keputusan mahkamah hanyalah satu pandangan.”


Peliknya, berkata pula Ahli Parlimen Padang Rengas ini, “Sekarang terpulang kepada Peguam Negara sama ada mahu membuat rayuan dengan keputusan itu. Sehingga perkara itu dimuktamadkan, kita tidak boleh kata apa-apa.” Andaikata rayuan nanti berpihak kepada kerajaan, pelajar boleh mengambil hujah Si Nazri bahawa keputusan mahkamah adalah satu pandangan. Mereka boleh meneruskan penglibatan dalam politik dan kerajaan tidak wajar menghukum mereka hanya kerana satu pandangan mahkamah.

Sebenarnya, hujah Si Nazri ini bertolak daripada keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi kerajaan. Kalau kerajaan menang, tak akan ada istilah ‘pandangan mahkamah’ ini. Sungguh pelik (jahat sebenarnya), Si Nazri bersungguh-sungguh menyalahkan pelajar yang mengemukakan pandangan politik mereka sedangkan pelajar-pelajar ini tidak terlibat dalam pertubuhan politik kepartian pun semasa belajar. Sebaliknya parti Si Nazri terang-terangan menubuhkan Kelab UMNO di kolej dan universiti di luar negara. Apa jenis manusia warga UMNO ini?

Teringat aku pada istilah “BENGONG” yang selalu bermain di bibir Ustaz Azhar Indrus. Cara ustaz tersohor ini mengintonasikan sebutan itu memang nampak kasar dan keras. Barulah aku faham bahawa kata-kata itu hanya kasar dan keras bagi orang yang tak sepatut menerimanya. Adapun bagi Si Nazri ini, kata-kata “Bengong” bagaikan sirih pulang ke gagang sahaja layaknya. Nazri dan Bengong adalah sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua.

Tuntasnya, rakyat mesti bertanya, “pemimpin dan kerajaan seperti inikah yang hendak dipertahankan? Pemimpin dan kerajaan seperti inikah yang hendak diamanahkan agar menjaga anak cucu dan tanah air kita?” Kalau beginilah keadaannya, sungguh malang masa depan anak-anak Tuan/Puan yang masih berada dalam rahim ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan