Najib dan rombongan bakal dapat gelaran Haji Kepong

Ajijoi
Orang yang sudah biasa dengan kesenangan tidak akan mahu bersusah payah walaupun ketika menghadap Tuhannya.

Begitulah yang berlaku semasa Najib dan Rosmah mengerjakan ibadah haji. Seramai 23 orang askar Arab Saudi diperlukan untuk mengepong mereka bagi memastikan tiada jemaah haji lain yang dapat datang menghampiri dan berasak-asak dengan mereka.

Fadhilat ditinggalkan, hanya kerja haji yang dibuat. Antara tujuan mengerjakan ibadah haji adalah merasai pengorbanan, keperitan, kesusahan para anbiya' terdahulu dengan tidak membezakan pangkat, darjat, kuasa, harta dan sebagainya.

Beriya-iya pengawal mengepong mereka. Selepas ini mungkin mereka akan mendapat gelaran HAJI KEPONG.
  
Ajijoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan