ARIQ AMSYAR
PERDANA MENTERI, Najib Razak patut memecat Muhyiddin kerana kegagalannya menguruskan hal penempatan pelajar jurusan pendidikan khususnya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke sekolah-sekolah.
Isu ini bukannya isu baru malah ia telah berlanjutan beberapa tahun.
Ramai di kalangan siswazah pendidikan UPSI kebanyakannya terpaksa menganggur bertahun- tahun sementara menunggu di’posting’ ke sekolah-sekolah.
Lambakan guru siswazah lepasan UPSI, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain memang sudah lama berlaku dan gagal diatasi oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan