Zulkifli Noordin makin tersesat

Hassan Omar

Pada 7 Mac 2010 Ketua UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah menghulur tangan kepada Zulkifli Noordin setelah dia di pecat daripada PKR.Usaha berterusan telah dilakukan untuk perkara ini sehingga sekarang, apatah lagi Zul Kulim ini sudah tidak mempunyai kewangan cukup untuk menyara hidup mewahnya.


Tidak hairan saban malam Zul Kulim ada dipentas UMNO dengan bayaran yang cukup besar bagi setiap ceramah yang diberikan.

Terbaru  Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah memebrikan jamin secara bertulis bahawa Zul Kulim adalah calon UMNO di situ sekiranya dia mengisi borang UMNO.

Setakat maklumat yang ada, belum ada kata putus dikeluarkan. Saya pun tak pasti kenapa. Apakah Zul Kulim masih rindu kepada PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menyatakan "Pengalaman dalam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS"

"waktu itu dia pegang jawatan YDP Kawasan. Syura buat keputusan bahawa untuk jadi calon PAS beberapa kriteria kena ada, yang kebetulan pada waktu itu kita melihat, tidak ada pada beliau"

"dan sekarang tuan-tuan tengok apa yang berlaku (kepada Zulkifli),"ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malangnya atas kesilapan PKR telah mengambilnya untuk jadi calon di Bandar Kulim melalui pecaturan DS Anwar Ibrahim. Walaupun ada beberapa pimpinan tak setuju kerana Zul Kulim telah ditolak oleh syura tapi atas dasar menjaga hati perkara ini didiam sahaja.

Pada amnya keputusan syura PAS tak banyak silap dalam membuat keputusan kerana setiap perkara yang disyurakan dibahaskan berlandaskan banyak pendapat dan nas.

Pada sekitar tahun 2008 telah banyak artikel yang menjurus perangai Zul Kulim yang ada menyebut dia akan cenderung kepada UMNO. Tapi pada masa itu yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini. Ini adalah senarainya yang dikumpul tuduhan yang perlu dijelaskan oleh Zul Kulim kalau dia membacanya:-
1. Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.

2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnyadalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai. 

Saya bawa untuk perbincangan umum demi kepentingan umum untuk PRU-13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan