Hasan Ali Guna Gambar Nasharuddin Secara Haram?

laniismaa

Melihat kepada baner Roadshow masa Depan Politik Malaysia Hasan Ali tentu gah. Dengan tajuk sebegitu apakah Hasan Ali setanding Anwar Ibrahim untuk menentukan masa depan politik Malaysia?

Banner yang digunakan terpampang wajah Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Melihat kepada senarai penceramah, tiada pula nama Ustaz Nasharuddin di situ. Pelik juga!!

Ustaz Nasharuddin dikatakan difitnah untuk memburukannya dengan meletakkan gambarnya pada baner tersebut. Dia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Putra men

afikan penglibatannya dalam satu program Hasan Ali yang akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru. Ia anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.

Jadi sahlah gambar Ustaz Nasharuddin digunakan secara haram oleh Hasan Ali dan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat. Kasihan si Hasan, ingatkan ramai ‘geng’ tetapi terkial-kial. Kini geng utama Hasan Ali ialah TV3 dan UM.

Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) juga telah menurunkan 10 banner ‘haram’ tersebut hari ini. Tak patut MPkj bertindak begitu. Modal bagi Hasan!!

Ia akan menjadi modal serangan dan telah pun dilakukan oleh Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan tersebut. Nanti Hasan ada modal sekiranya program tersebut tidak mendapat sambutan dia akan menyalahkan dengan sekatan yang dilakukan termasuk banernya yang diturunkan.

Kalau tak diturunkan, kita dapat lihat bagaimana hebatnya program Hasan. Tentu Zulkifli Noordin juga seronok mengulas di TV3.

1 ulasan:

  1. dah jadi apa kat HA ini...nak meletakkan nama busuknya setanding dgn brahim katak/zul kulum/madey/rahimtamby/ijat lembu/cua soilek/najib/rosmah/aziz puteri/zamri mb haram/adnan lucah/saifool/ dan seumpamanya...lps PRU13 semuanya tenggelam

    BalasPadam