siasahkini
Saya petik:[HD] KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.
Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.
(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.
Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."
Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.
Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.
Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.
Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.
Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.
Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan