Malang Seorang Suami Bernama Najib...

Shahbudin Husin
http://www.malaysiandigest.com/images/RosmahMansor.jpgUntuk kesekian kalinya Najib terpaksa bersuara lagi mempertahankan karenah isterinya, Rosmah Mansor yang gemar berbelanja mewah. Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu.

Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkal dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya beserta angka-angka perbelanjaan yang dihabiskan oleh isteri Perdana Menteri itu seperti lawatan ke luar negara, kos percutian, kos mengadakan Sidang Puncak Wanita Pertama dan sebagainya lagi.

Sementara Rosmah pula, setiap kali isu berkaitan dirinya muncul, beliau hanya menjawab ringkas dengan menyatakan semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan dirinya. Jika kemudiannya ditampilkan pelbagai bukti atau tuduhan lain, beliau tidak akan bersuara lagi. Selalunya ia akan diambil alih pula menteri-menteri tertentu sepeti Nazri Aziz, Rais Yatim dan lain-lain untuk memperjelaskannya pula. Jika isu itu timbul berlarutan, Najib sendiri akhirnya akan bersuara mempertahankan apa yang telah dilakukan olah Rosmah itu.

Di medan politik politik, oleh kerana isu Rosmah kerap menjadi bahan ceramah, petugas dan jentera penerangan UMNO juga terpaksa bersuara mempertahankan isteri Perdana Menteri itu.

Begitulah hebatnya Rosmah. Disebabkan kegemarannya berbelanja dan membeli barang perhiasan, hampir seluruh kabinet dan jentera UMNO terpaksa mempertahankannya.

Terbaru isu Rosmah berbelanja sakan sebanyak lebih RM300 ribu untuk membeli pakaian di Sydney, Australia menjadi heboh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di hampir sebahagian dunia bilamana pendedahan yang disiarkan oleh akhbar Sydney Mornig Herald itu telah dipetik dan disiarkan oleh akhbar beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei dan lain-lainnya.

Meskipun Najib tampil mempertahankan isteriya dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka, penulis Patty Huntington juga mempetahankan tulisan dan pendedahannya mengenai perbelanjaan mewah Rosmah beserta bukti dalam bentuk email dan sumber yang diperolehinya.

Patty juga mempertahankan dakwaannya bahawa pereka fesyen yang dikunjungi Rosmah itu, Carl Kapp telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan membawa pakaian yang ditempah itu untuk dicuba oleh Rosmah.

Sebelum itu, Shah Rezza, seorang rakan karib Rosmah juga tampil dengan mengatakan kononnya pakaian yang dibeli Rosmah itu adalah stok untuk kedainya di London. Hakikat ini tidak lebih untuk melindungi dan bodek Rosmah semata-mata kerana agak mustahil Rosmah membeli sebegitu banyak untuk keperluan Shah Rezza. Yang biasa berlaku ialah Shah Rezza membelanja Rosmah, bukannya Rosmah membelanja Shah Rezza. Dan logiknya Rosmah dengan kedudukannya sekarang, tidak perlu membelanja orang.

Selain isu ini, sebelum ini Rosmah juga dikaitkan dengan pembelian mewah yang melibatkan cincin, gelang, koleksi beg tangan, perhiasan, pakaian dan seumpamanya.

Sebenarnya isu Rosmah ini adalah berkaitan karenah seorang yang bernama isteri. Ia menjadi besar kerana suaminya adalah Perdana Menteri. Jalan penyelesaian dalam perkara ini ialah dengan Najib menasihati isterinya supaya berhenti berbelanja mewah dan sentasa tampil sederhana. Itu saja. Soal kiranya teguran itu menimbulkan pergaduhan, perang besar, bermasam muka atau sebagaiya adalah soal lain tetapi oleh kerana ia sudah menjadi percakapan rakyat di mana-mana dan mungkin menjejaskan peluang untuk menang piihanraya, mahu tidak mahu, teguran mesti dilakukan dan bukannya mempertahankan setiap kali isu timbul.

Teguran dan nasihat itu pula sewajarnya dilakukan pada awal-awal lagi, sama ada sebelum ia berbangkit atau selepas kali pertama ia menjadi keriuhan dalam masyarakat. Tindakan Najib mempertahankan dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka setiap kali isu berkaitan Rosmah ditimbulkan dan kebetulan isu ini sudah beberapa kali muncul di media, seperti menunjukkan bahawa Najib tidak pernah menasihati isterinya itu.

Biasanya kerja menegur dan menasihat adalah amalan biasa seorang lelaki dan suami sementara amalan biasa seorang wanita atau isteri pula ialah mempertahankan dan menjaga maruah pasangannya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum serta amalan masyarakat.

Dalam hal ini jika Najib sudah menegur dan menasihati isterinya itu, sudah pastinya beliau tdak perlu bersuara banyak kali mempertahankan perlakuan isterinya itu. Dan tentunya tidak perlu juga menteri-menteri serta jentera UMNO turut bercakap mengenainya, sekurang-kurangnya bolehlah mereka ini menumpukan pada tugas-tugas lain yang lebih mustahak.

Mungkin juga dalam hal ini Najib sudah memberi teguran tapi kurang didengari oleh Rosmah. Atau mungkinkah teguran dan nasihat tidak diberi kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan