Perjanjian pinjaman menunjukkan NFC langgar perjanjian, kata Pua

Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 25 Feb: Tony Pua hari ini mendedahkan bukti yang didakwanya perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang mana menurutnya bukti syarikat berkenaan telah melanggar syarat pinjaman berjumlah RM250 juta bagi fasiliti tersebut.


Ketua Publisit DAP itu menjelaskan Perkara 3 perjanjian itu dengan jelas menyatakan dana kerajaan itu mesti digunakan bagi “ membiayai projek tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama perjanjian ini.”

Perjanjian Pertama itu menyatakan pinjaman berkenaan harus “konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia membangunkan, memperkenalkan, dan mengusahakan pengeluaran lembu dan produk lembu melalui Pusat Fidlot Nasional menjadi pusat untuk aktiviti komersial dan bersepadu ternakan lembu fidlot.”

“Itu tidak diragukan lagi. Penggunaan duit tersebut hanya di benarkan untuk membiayai pembangunan pusat berkenaan dan bukannya untuk tujuan lain,” katanya (gambar) di ibu pejabat DAP hari ini.

“Ini bermakna, setiap dakwaan yang dibuat eksekutif dan pengarah NFCorp bahawa mereka boleh menggunakan dana itu untuk apa sahaja adalah mengarut.”

Tambah Pua, perkara itu dikuatkuasakan oleh Perkara 18.1 (b), yang menyatakan mana-mana keadaan selagi mana hutang tersebut masih wujud, NFCorp harus menggunakan duit yang dipinjam itu “untuk kegunaan yang dinyatakan dalam Perkara 3 perjanjian ini.”

Pua turut akan menanyakan perkara itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani kerana membenarkan NFCorp mencatatkan di akaun pinjaman khas itu, mencatat yang permintaan-permintaan sedemikian perlu diiringi oleh satu laporan kemajuan daripada syarikat itu.

Laporan perkembangan itu harus ditandatangani oleh jawatankuasa teknikal yang berkelayakan dan dipengerusikan oleh pegawai daripada kementerian, berdasarkan perjanjian tersebut.

“Mereka perlu menandatangani laporan kemajuan itu. Jadi, penyusutan telah berlaku walaupun NFC gagal memenuhi sasaran ... (menunjukkan) kementerian pertanian turut sama bertanggungjawab terhadap kecelaruan ini,” katanya.

NFCorp harus mengemukakan kenyataan bulanan daripada bank kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun menjelaskan bagaiman dana itu digunakan, kata Pua dan mempersoalkan kementerian membenarkan pinjaman itu diteruskan.

“Kecuali NFCorp menghantar laporan palsu. Mungkin itu akan diklasifikasikan sebagai jenayah, kita tidak tahu sama ada mereka menyerahkan laporan palsu ketika itu.

“Kementerian Kewangan perlu membuat penjelasan maklumat laporan tersebut,” katanya menambah, pegawai rasmi kementerian yang diberi taklimat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung NFC menyatakan tidak disebut berkenaan pembelian hartanah dibuat dalam laporan berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut mempersoal kemenyterian kerana tidak membekukan akaun kerana Perkara 4 menjelaskan pembayaran balik harus dibuat tiga tahun kemudian selepas bermula sekitar 2008.

“Kita sekarang berada dalam bulan Febuari 2012. Menurut pemahaman saya mereka belum membuat pembayaran walu sesen pun. Kita sudah lebih daripada tiga tahun,” katanya.

“Kenapa mereka tak bayar? Kenapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil tindakan terhadap pembayaran lewat? Dab kenapa pinjaman tersebut tidak dibekukan atau dipindah akaun?”

Projek yang dibiayai kerajaan ini menjadi topik perbualan selepas ianya diletakkan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan dengan mendakwa berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan termasuksejumlah RM62 juta digunakan untuk tanah, hartanah dan perbelanjaan tidak berkaitan NFC.

Anak Shahrizat dan eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, bertegas menyatakan syarikat berkenaan telah menggunakan dana dengan lebih baik dengan melabur dalam hartanah ketika menghentikan operasi perniagaan selepas Putrajaya mengambil keputusan menggantung pembinaan pusat penyembelihan yang disewakan kepada syarikat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu mengumumkan Putrajaya akan melantik badan audit khas bagi menyemak buku laporan NFCorp bagi mengenalpasti sekiranya terdapat pertuduhan terhadap syarikat kesa, tetapi menentang cadangan suruhanjaya diraja bagi menangani masalah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan