Umno tertawa Salahuddin jadi MB Johor

Salahuddin AyubPETALING JAYA: Umno mempersenda hasrat PAS untuk melantik Naib Presiden Salahuddin Ayub sebagai menteri besar Johor dalam pilihan raya umum ke 13.
“Mimpi di siang hari, Salahuddin akan menempah maut,” kata Timbalan Ketua Umno Pulai, Datuk Osman Sapian.

“Bukan saja nak tawan Johor sebagai mustahil, nak pertahan dua kerusi pun susah. Bercakap memang mudah, nak menang yang susah,” tambah Adun Kempas selama tiga penggal itu.

Desas desus mengatakan Salahuddin anak kelahiran Pontian, Johor akan kembali ke Johor dalam pilihan raya umum 13 ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu diura-ura akan menjadi menteri besar Johor jika pembangkang menguasai negeri itu nanti.

2 akan jadi 0

Waktu ini PAS menang dua kerusi iaitu Sungai Abong dan Maharani, kedua-duanya di parlimen Muar. DAP pula mempunyai empat wakil tetapi PKR kalah semua kerusi pada 2008.

Manakala Adun Umno Semerah, Datuk Ariss Shamsuddin mengingatkan PAS bahawa mimpi PAS itu kosong belaka.

“Malah dua kerusi sedia ada (Sungai Abong dan Maharani) akan Umno rampas. Angan-angan kosong.
“Bukan senang bagi parti pembangkang hendak rampas Johor kerana saya percaya orang Johor hanya mengundi BN,” tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan