Gambaq lawak menjelang pilihanraya...

paklongdin
Salam semua...
Gambaq lawak menjelang pilihanraya...
Pak Long gelak guling-guling tengok gambaq yang Mak Long hang pilih kali nih... haha... Tak gelak mai mananya, yang jadi peneman kat belakang lagi ramai dari yang nganga terkangkang... hehe... Bila penceramah pakai kain... orang tengok dah rasa lain. Mampuih majlis nak berseri... bila dah tau poket tak berisi... kahkahkah...

Mak Long hang kata gambaq ni dia jumpak kat
fesbuk, majlis MIC yang dah dekat-dekat nak mati berdiri... hehe... Chitt!! 
buat malu kat Hassan Ali ja... hehe...

Orang politik kena bersungguh...
Berputaq cakap, akai kena jenuh
Jumpak rakyat tak la pecah peluh...
Asaikan poket isi mau penuh

Orang politik kena kuat...
Otak simpan biaq mulut ligat
Biaq luaq nampak sihat...
Dalam mereput tak nampak lihat

Orang politik kena pandai...
Ada akai kena dok pakai.
Baru hidup tak macam bangkai...
Tempat rakyat tumpang ramai.

Ni la kot pasainya yang Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik nih... takut majlis Pak Long pi jadi camni, malu la Mak Long hang nak mengaku bini... hehe...

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan