Mohd Sayuti Omar
Saya sedikitpun tidak terkejut dan kaget kalau Najib membelanjakan begitu banyak wang untuk majlis pertunangan anak perempuannya dan juga perbelanjaan untuk majlis hari jadi. Apakah wang itu dibayar oleh kerajaan - pejabat perdana menteri (PMO) atau wang Najib sendiri tidak berbangkit. Apa yang sahihnya Najib berbelanja besar untuk kedua majlis itu.
Dua perkara yang menjadi pertanyaan apakah ia benar dibayar oleh pejabat perdana menteri menggunakan wang rakyat, dan kenapa begitu besar perbelajaannya.
Katanya perbelanjaan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya dengan Rosmah menelan peruntukan sebanyak RM409, 767 manakala untuk sambutan hari jadinya RM79,053. Kedua-dua bil itu dihantar oleh pihak hotel Shangrila di mana majlis itu diadakan kepada pejabat perdana menteri.
Najib menafikan yang bil-bil itu dibayar oleh pejabat perdana menteri. Pihak hotel juga membuat penafian sama. Penafian oleh pihak hotel tidak pelik sama sekali. Hotel hanya mengikut saja arahan perdana menteri. Dalam hal ini hotel lebih memetingkan hubungan dengan perdana menteri kerana itu ada perniagaan dan kelabaan baginya.
Najib boleh menafikan dakwaan dan mengakui semua bil itu dibayar menggunakan wang sendiri sendiri. Media massa boleh mengecerkan maklumat itu. Tetapi penafian itu tidak cukup setakat kata tidak, atau ia dibayar sendiri oleh Najib, melainkan Najib kena buktikan dari mana sumber wang itu diambil. Sudah tentu pihak hotel ada salinan chek bayaran berkenaan dan boleh dikemukakan kepada umum.
Saya tidak mahu mempertikaikan wang itu wang siapa. Tetapi apa yang hendak ditegaskan berbelanja besar begitu bukan perkara anih. Kalau pun majlis perkahwinan nanti mencecah RM3 juta juga tidak pelik. Kalau artis berkahwinan pun dibuat siaran langsung dan menelan berjuta ringgit, apa nak hairan dengan perdana menteri.
Lagipun orang semua kenal siapa isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.
Seorang perdana menteri berketurunan bangsawan seperti Najib soal wang ringgit tidak menjadi masalah sedikitpun. Najib bukan kaya sehari dua ini sahaja, tetapi dia kaya sejak dari kecil lagi. Najib bukan setakat jadi PM menaiki jet eksekutif, tetapi sejak dari kecil lagi sudah melayang ke seluruh dunia.
Jadi apa hendak dihairankan dengan perbelanjaan sebanyak itu. Ada orang menyoal apakah Najib tidak memikirkan soal rakyat yang tidak bernasib baik, sanggup berbelanja sebesar itu sedang rakyatnya masih merempak? Orang boleh berfikiran demikian tetapi tidak dengan Najib. Orang yang berada dalam kemewahan, tidak akan mengerti erti kesusahan dan penderitaan.
Najib tidak mengalami semua itu. Lama sebelum ini saya telah menulis dan mempersoalkan seseorang yang tidak merasai denyut nadi rakyat, mengenali kemiskinan, betisnya tidak pernah dihisap pacat dan lintah tidak layak untuk jadi pemimpin. Hanya pemimpin yang memahami erti penderitaan, keperitan dan keseksaan sahaja yang dapat membela rakyat bawahan.
Najib cuba berrbuat begitu dengan mengambil beberapa inisiatif untuk membantu rakyat seperti pemberian wang rakyat kepada rakyat menerusi BR1M RM500 dan pelbagai bantuan runcit lain lagi. Tetapi apa yang Najib laksanakan itu tidak memberi impak besar dalam membantu rakyat kerana ia tidak ikhlas. Bantuan yang diberikan sebulan dua ini lebih kepada untuk dijadikan umpan kepada rakyat agar mengundi BN.
Pemberian seperti itu tidak akan dirasai rakyat sebagai kebajikan oleh Najib. Mungkin lain pula pada perkiraan Najib beliau ingat bila dapat memberi wang begitu kepada rakyat, rakyat akan berterima kasih dan menganggap akan budi beliau untuk rakyat.
Begitulah cara orang kaya dan bangsawan berfikir ia berbeza dengan cara rakyat marhain berfikir. Justeru apa juga perbelanjaan hidup Najib tidak perlu rasa pelik dan anih kerana baginya membelanja wang untuk pesta-pestaan begitu adalah perkara biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan