mohdnoorawang
Selepas digegarkan riuh rendah isu Negeri Kedah antara exco dan MBnya Datuk Seri Azizan Razak oleh akhbar pengkhianat dan sumber fitnah terbesar Di Malaysia telah berakhir dengan satu keputusan yang bijak oleh pemimpin PAS Pusat dan pemimpin Negeri Kedah. Syabas kepada Dato Seri Presiden dan Naib Presiden terutama Yb Haji Sallehuddin.
Terbukti cara Pemimpin Pas Pusat dan Pas Negeri Kedah mengatasi isu dan kemelut yang melanda negeri pakatan rakyat, Kedah. Tamat dan bakal kita tunggu berita yang benar dari PAS Pusat. Pendekatan dan bentuk yang diambil dan kedua dua pemimpin PAS Negeri Kedah. Kita tidak mahu ada lagi isu dan kemelut yang melanda negeri negeri pakatan rakyat terutama pemimpin PAS. DAP dan PKR. Tumpuan perlu lebih fokus kepada menghadapi PRU13 dan fokus menawan Putrajaya dengan jayanya. Nasihat kami kepada pemimpin PAS yang tidak serasi kepada pemimpin yang sedia ada JANGAN MENGGUNAKKAN MEDIA UMNO DAN MEDIA PRO UMNO UNTUK MENJAWAP DAN MENGADAKAN SIDANG AKHABAR, SEJARAH TERBUKTI SETIAP KENYATAAN YANG DLUAHKAN SELALU DIPUTAR PELIK OLEK WARTAWAN YANG BERNIAT JAHAT.
Kisah yang berlaku di Negeri Kedah dan kisah Hassan Ali perlu diambil peringatan yang jelas. Jika tidak musuh mencari musuh dan ruang menjawab tidak kesampaian dan menjadi kusut masai. Dengan kata lain berhati hati menjawap dan mengadakan sidang akhbar dalam satu isu dan ucapan kepada wartawan. Seharusnya tidak perlu mengadakan sidang akhabar. Hanya tumpu kepada wartawan harakah. Satu teguran terbuka kepada orang nombor dua dalam PAS perlu lebih fokus kepada perjalanan Parti dan bantu membantu kerja kerja Presiden. Jangan asyik syok sendiri tumpuan perlu lebih fokus kepada perjalanan parti sebagai orang nombor dua dalam haraki PAS. Kita mengharap tiada lagi isu dan kemelut atau apa apa tindakkan dari pemimpin PAS yang boleh merugikan dan membantut perjalan ke Purajaya. Kita takut nanti negeri pakatan rakyat terlepas dari ikatan kita oleh dek parasit parasit yang jahat menjelma semasa hampir pilihanraya demi wang dan kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan