Bekas ketua penerangan Umno sindir menteri besar, bekas menteri

Muda Mohd. Noor 


KANGAR: Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh memberi amaran Umno negeri yang dikuasai pemimpin veteran bakal ditolak dalam pilihan raya umum ke 13.


Katanya, berdasarkan pilihan raya 2008 dan perkembangan terbaru, pengundi muda tidak berminat dengan pemimpin-pemimpin veteran.

Hashim juga mendakwa pemimpin-pemimpin ini tidak memperdulikan mengenai pengundi muda yang begitu ramai di Perlis.

“Mereka tidak berminat bercakap mengenai aspirasi orang muda tetapi dalam pilihan raya 2008, orang muda menolak orang tua.

“Mereka mungkin tidak sedar perkara ini?” katanya.

'Terbaik dan terhebat’

Dengan nada sinis Hashim berkata, “kerana mereka pemimpin dan wakil rakyat terbaik dan terhebat, pucuk pimpinan perlu mengekalkan mereka sampai bila-bila.”
Beliau menyebut antara mereka ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, dua bekas menteri kabinet iaitu ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid yang juga ahli Parlimen Padang Besar serta Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis.

Katanya, selagi pemimpin veteran ini menjadi wakil rakyat, orang muda tidak akan mendapat tempat.
“Parti (Umno) hendak diremajakan tetapi para pemimpinnya sudah tua,” tambah Hashim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan