BONGKAR : UMNO Buat Pulut Kunyit 3 Tingkat RM19,000.00, Ni Nak Halau Hantu Atau

siasahkini

Semalam 6 hb April 2012 berlangsungnya satu program ceramah anjuran sebuah badan NGO iaitu BERSIH 3.0 di mana program tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi bersama Dato A samad Said sasterawan negara, Dato Mahfuz Omar MP Pokok Sena, Tian Chua MP Batu dan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat. Program tersebut yang berlangsung di Komplek hijau kuning Alor Setar menyeru rakyat agar bersama-sama menyertai BERSIH 3.0 "DUDUK DAN BANTAH" yang bakal diadakan pada 28 April 2012 ini di Dataran Medeka Kuala Lumpur.


Apa yang menarik yang hendak dikongsi bersama disini, pendedahan Dato Mahfuz Omar mengenai satu program anjuran UMNO dan Barisan Nasional 3,4 hari lepas. Buat pulut kuning tiga lapis saja sampai harga RM19 ribu, Namun MP Pokok Sena tu kata tunggu 2,3 hari lagi beliau akan dedahkan semuanya..Takpa kita tunggu.

Kadang-kadang bila aku dengar pendedahan sebegini rasa nak tergelak ada nak marah pun ada. Nak tergelak tu sebab nampak akal pemimpin UMNO ni bodoh. Buat pulut kuning sampai RM19 ribu. Pulut kuning ni nak buat halau hantu ganas kot sampai belanja sakan macam ni. Beras pulut yang depa guna tu beli kat mana taktau sampai mahal sangat. Import dari langit kot? Beras pulut kalau pi beli kat Bukit kayu Hitam atau Padang Besar baru RM2 sekilo. Kalau harga dah RM19 ribu, berapa ribu kilo langsung yang puak UMNO ni guna nak buat pulut kunyit 3 lapis tu?
Yang rasa nak marah ni pulak sebab menyeleweng, awat mahal sangat ka nak buat masak-memasak ni. Kalau cerita kat orang kampong kata pemimpin UMNO masak pulut kuning sampai RM19 ribu, rasa aku pakat gelak habis sampai guling-guling. Bagi UMNO RM19,000.00 ni sikit la. Sikit atau banyak tu tak penting, Tapi kalau dah dasar penyamun tu penyamun jugak. RM250 juta samun RM19 ribu pun samun jugak.

Apa pun kita sama-sama pakat tunggu pendedahan YB Pokok Sena ni seterusnya. Siapa yang masak pulut kuning ni? UMNO bahagian mana yang anjurkan? Dimana puak UMNO ni kedarah pulut ni.. takpa-takpa kita tunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan