LC
Di sini saya ingin memberitahu kepada seluruh Malaysia bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebenarnya telah kehabisan stok kad mentah MyKad di seluruh Malaysia menyebabkan kelewatan dalam penyiapan MyKad di seluruh Malaysia dan pihak pengurusan tak berani nak bagitau Malaysia tentang ini. Kerana ini juga akan menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak pengurusan JPN sekarang.
Saya sebagai staf JPN amat tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan pengurusan atasan kami yang mengambil sikap sambil lewa, tidak endah dan ambil tidak peduli akan kami staf-staf bawahan di kaunter yang dimaki hamun, dicelaka dan disumpah seranah oleh orang awam yang marah akan kad pengenalan tidak siap.
Siapa tahan kena maki tentang piagam bodoh kad pengenalan siap yang ditetap oleh pihak pengurusan. Tetapi apabila tidak dapat dipenuhi, kami staf-staf bawah yang terpaksa menanggung tahinya.
Siapalah kami ini? Siapa yang faham akan perasaan kami? Di mana kami hendak mengadu? Setiap hari dimaki hamun, kerja balik lewat hingga pagi untuk bantu pelanggan kami menyiapkan kad pengenalan mereka?
Untuk pengetahuan anda, bahagian cetakan kad kami setiap hari balik sehingga subuh dan ada yang tidak balik langsung untuk cetak kad pengenalan pemohon tetapi masih juga tidak mampu untuk disiapkan.
Jika hendak dikata aduan aduan kami tidak disampaikan kepada pihak atasan, mereka memang telah maklum, sedar dan tau akan keadaan ini.
2 minggu lepas kami dimaklumkan oleh orang atasan bahawa kad pengenalan yang tidak siap ini hanya akan siap selepas bulan Julai 2012 dan kami sebagai staf kaunter hendaklah memaklumkan orang awam akan hal ini.
Maknanya kami kena menahan sumpah seranah orang awam ini sehingga Julai?
Di ibu pejabat negeri semua telah kehabisan stok kad mentah membuatkan kami tidak dapat mencetak kad pengenalan kepada semua pelanggan-pelanggan kami.
Yang tidak adilnya pulak, di Putrajaya ada pulak stok kad? Apa ni? Dalam JPN pun ada double standard seperti ini ke?
Saya juga harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Audit Negara masuk bagi menyiasat JPN ini. Saya percaya mesti ada yang tidak kena.
Bagaimana stok kad boleh habis macam tu je? Takkan sebagai orang atasan tak boleh nak jangka yang Malaysia ni ada berapa orang penduduk?
Saya harap pihak media dapat hebahkan semua ini kepada seluruh Malaysia. Biarlah semua orang orang atasan ini malu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan