Haji Subky Abdul Latif
Beberapa buah negeri di Amerika Syarikat baru-baru ini telah meluluskan perundangan menghalalkan kahwin sejenis. Laki-laki berkahwin dengan laki-laki dan perempuan kahwin dengan perempuan.
Bagi yang kahwin sesama lelaki, tidak diketahui yang mana suami dan yang mana isteri. Atau keduaduanya suami tanpa isteri.
Begitu juga bagi yang perempuan yang mana isteri dan yang mana suami. Atau mereka bergilir, sehari jadi suami dan esoknya jadi isteri pula. Jantan merasa jadi isteri dan betina merasa jadi suami.
Keruntuhan kemanusiaan itu sudah berlaku lama di barat, tetapi baru inilah Amerika memperundangkannya.
Jika amalan ini diamalkan oleh majoriti penduduk Amerika, maka natijahnya rakyat Amerika tidak berkembang. Penduduknya yang lahir dalam negara bukan saja tidak bertambah, bahkan akan berkurangan. Setiap pasangan tidak akan ada zuriat.
Jika tiada pendatang menjadi warga negaranya, dalam tempoh seratus tahun akan datang Amerika tidak lagi negara yang besar dari nisbah rakyatnya.
Sedang hikmat perkahwinan adalah untuk memakmurkan bumi dengan penduduk. Apabila perkahwinan tidak mendatang zuriat, maka keturunan manusia tidak bersambung. Keturunan itulah tempat warga emas mengadu kasih sayang. Bangsa Amerika yang tua nanti tiada lagi tempat untuk mengadu kasih sayang. Generasi Amerika yang terkemudian akan menghadapi krisis baka.
Amalan terkutuk ini telah dirakamkan laknatnya oleh Allah SWT terhadap kaum Lut di zaman purba di wilayah Sodom dan Gemurah. Sejarah ini bukan sekadar diketahui oleh orang Islam, bahkan diketahui oleh penganut Yahudi dan Nasrani (Kristian).
Kaum Lut dibinasakan hingga tidak berbenih dan wilayahnya — Sodom dan Gemurah — diterbalikkan; yang di bawah ke atas dan yang atas ke bawah hingga menjadi Laut Mati yang terdapat di Jordan sekarang.
Laut Mati itu kekal sejak zaman Nabi Lut a.s. dulu hingga sekarang untuk jadi pengajaran kepada manusia sepanjang zaman. Setiap orang yang berkunjung ke Jordan dan Laut akan mengetahui kejadian terkutuk ribuan tahun lalu.
Apabila bangsa Amerika menyokong perundangan itu dan mengamalkannya, maka ia menempahkan kecelakaan ribuan tahun dulu. Amal buruk itu telah memberi natijah sial kepada kaum Sodom dan wilayahnya. Dan apabila sialan itu diulang semula, maka ia mengundang kecelakaan yang sama.
Tunggulah bala itu. Mungkin bala itu tidak seratus peratus yang terjadi pada Sodom itu, atau bukan seluruh bumi Amerika menjadi Laut Mati seperti yang di Jordan itu, tetapi kecelakaan itu adalah menyamai kutukan Laut Mati itu.
Amerika ada tamaddun terbesar sekarang. Ia adalah terbesar, tergagah dan terkaya. Ia dapat menggunakan pengaruh dan tekanannya kepada dunia dan semua bangsa di dunia. Apa yang dimahukan nescaya berlaku. Tidak arif sesiapa untuk menelah cara mana Amerika dapat dialah dan ditundukkan oleh mana-mana kuasa di dunia.
Bersatulah semua bangsa di dunia, dengan senjata canggihnya dan segala kekuatannya, tidak terfikir oleh sesiapa ia dapat dialahkan. Hinggalah Amerika kini menjadi kuasa yang sombong dan takbur.
Semua menerima hakikat setiap yang ada akan tiada, setiap yang hidup akan mati, dan setiap yang gagah akan ada masa ia lembik. Empayar Rom yang perkasa dulu kini di ambang muflis. Empayar British sedunia dulu kini tinggal England. Empayar SovietUnion tinggal Rusia saja sekarang. Maka kita tidak dapat mengagak Amerika akan merudum dalam waktu yang terdekat dan cara mana. Jika Amerika juga tidak kekal tetapi kita tidak tahu cara mana ia akan jatuh.
Tetapi dengan keangkuhannya ia cuba menunjukkan melawan ketentuan Allah tentang kemanusiaan, ia membuat undang-undang seperti yang berkuatkuasa di zaman kaum Lut a.s. Dengan pengaruhnya ke atas dunia, penyakit kemanusiaan Amerika itu akan merebak ke seluruh dunia. Apa yang diamal di Amerika akan diamal pula oleh lain-lain rantau.
Manusia akan menuju kehancuran jika penyakit Amerika itu diekspot keluar. Tetapi kerana kepercayaan kita kapada agama dan kepada Allah serta RasulNya, dunia dan manusia ini akan diselamatkan, maka Amerika membuat satu kesilapaan kemanusiaan dengan memperundangkan kahwin sejenis. Jika Allah tidak terbalikkan Sodom dulu, dunia sekeliling akan jadi macam kaum Lut juga.
Sebelum ia merebak Allah laknat Sodom. Selamat manusia seluruhnya. Amerika juga boleh dilaknat. Undang-undang diluluskan oleh Obama itu mengundang kemurkaan Allah mengikut kepercayaan Islam. Bagi menyelamatkan manusia, Allah akan timpakan bala atas Amerika atas rangginya meluluskan peraturan kahwin sejenis. Masa binasa Amerika telah tiba, ia menunggu untuk jadi Laut Mati kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan