Haji-PRU, Dr Juanda Lebih 'Cerdik' Dari Harussani?

laniismaa
pru13-haji
Menarik tentang polimek nak haji atau nak PRU. Dua-dua berita ini juga adalah dari sumber yang sama, Sinar Harian. Mungkin wartawan Sinar Harian akan bertanya soalan yang sama walaupun tidak serupa.


Kelihatannya Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya lebih 'cerdik' dan lebih rasional serta lebih boleh dipakai dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkaitan isu ini.
“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik,”

“Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara,” kata Dr Juanda.

Tan Sri pula terus menghukum....
“Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara,” kata Harussani.

Harussani senada dengan Mufti Selangor yang berkata bahawa membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama adalah haram.

Pssst :Kalaulah kan... Jamil Khir yang memulakan isu ini dan bukannya Tuan Ibrahim Tuan Man, agak-agaknya jawapan Harussani sama tak seperti sekarang??

Lebih tak cerdik@bongok yang tetapkan PRU dalam musim haji....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan