Bayi kena sembelih (Gambar)

BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.
BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.
BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.

Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. 
-DM-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan