AnakSgDerhaka
Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini.
Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara.
Gereja yang dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf &Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.
Kos keseluruhan pembinaannya menelan belanja sekitar RM135 Juta ini termasuk harga tanah yang terpaksa dibayar.
Bangunan setinggi 6 tingkat yang punya keluasan 600,000 kaki persegi ini mampu memuatkan 5,000 orang dalam satu-satu masa.
Pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaanny.
Bukan mahu mempertikaikan kebebasan berugama yang dibenarkan dinegara ini..
Pihak manakah yang membenarkan pembinaan ini? Adakah DAP yang memberikan kelulusan untuk pembinaannya?
Ialah.. kan suatu masa lalu Lidah Rasmi UMNO pernah menyebarkan satu fitnah kononnya DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara ini..
Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan progress pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara yang kelulusan pembinaannya diberikan oleh DAP yang dirakam sekitar April lalu ...
Dah nak siap dah...
Persoalan tentang gereja terbesar didunia masih belum terjawab, e-mail yang di terima dari seorang warganegera Malaysia yang telah lama bermaustatin diluar negara menimbulkan satu lagi persoalan…
Sila sambung bacaan anda di SINI
salam... mohon bertukar link bro,,, tq
BalasPadamAs salam Saudara Kerengga,
BalasPadamselamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.
bro ...bukit jalil . bawah pemerintahan siapa ... ishhhhhh .. selepas merdeka gereja jarang diberi kelulusan oleh umno .... kalo ada hanyalah gereja sebelum merdeka ... selidik tengok bro ....aku ingat hang salah tembak ni ..... silap 2 kelulusan KERJAAN NEGERI SELANGOR ....mampus ....
BalasPadam