http://sanggahtoksago.blogspot.com/
Sehingga pagi ini, pemburuan saya terhadap cerita diva Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah dan penyanyi bersuara lantang Ning Baizura nak masuk PAS belum menemui jawapan. Sumber-sumber "penyiasat" bebas saya, tidak memberi apa-apa maklumat berkaitan. Juara lagu 1990, Aishah Ariffin yang saya hubungi juga masih belum dapat menghubungi Kak Pah. Katanya, nombor telefon lama sudah bertukar. Dah tamat perkhidmatan. "Tengah cari no telefon baru dia," kata Aishah kepada saya.
Namun siasatan terus berjalan bagi mendapatkan kepastian. Jika benar kedua-duanya masuk PAS, sudah pasti yang memberi impak politik yang besar terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta upaya melakari wajah baharu politik Malaysia. Pada hemat saya, cerita biduanita terkenal tanahair Kak Pah nak masuk PAS muncul sebaik diva itu mendaftarkan diri sebagai pengundi setelah selama ini dia tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai parti Islam PAS dan akan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.
Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian 30 Jun 2012 bertajuk "Salahuddin: tanding di Johor bukan bunuh diri" turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyebutkan dalam satu ceramahnya di Johor baru-baru ini. Salahuddin turut menyebut nama Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi. Apapun, saya sedang meneruskan siasatan untuk mempastikan ianya menjadi kenyataan.
Alhamdulillah kalau ramai artis yg mahu berubah. Semoga mereka kembali ke jalan yg lurus atas sebab mahukan kebenaran agama, bukan kerana mahu populariti.
BalasPadam