Addin77
Pada 9 April 2011 lalu, Addin pernah menulis berkenaan individu yang bernama Dzulkarnain Taib (gambar) ni. Beliau pernah bertugas sebagai di Suara Keadilan dan TV Selangor.
Sebenarnya info ini sahabat Addin yang berikan semasa beliau menuntut di UKM dulu. Rujuk sini dan print screen dibawah.
Setelah setahun artikel di tulis, semalam blog Jalan Pulang telah mengeluarkan artikel dari Malaysian Insider di blognya seperti di bawah..
Kelab Wartawan Muda Malaysia sokong pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 kekal
Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.
Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.
“Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
“Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
“Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?” kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media. ~malaysianinsider
Jelas dakwaan sahabat Addin berkenaan Dzulkarnain Taib ada asasnya, kini berita yang dikeluarkan Malaysian Insider menjadi bukti siapa Dzulkarnain Taib yang sebenarnya.
Moga-moga selepas ini Pakatan Rakyat berhati-hati dan lebih selective dalam menentukan individu-individu penting dalam parti.
Tambahan PRU13 makin dekat, musuh sentiasa mencari lompong-lompong yang mampu di tembusi untuk menyelinap masuk dalam parti. Jangan jadi pisang berbuah dua kali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan