Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah (MSM) Ke Israel

Mazlan Aliman
Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000. Ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.

Kali ini saya dedah bukti penjualan MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.
Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kpd 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel!
Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.

Pemimpin UMNO berpura2 tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual Minyak Sawitnya kepada Israel!

Siapa yang hipokrit dan menjadi pengkhianat kepada orang Islam?

MAZLAN ALIMAN (ANAK)

Sumber: Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan