jarihantu
Berikut ialah khutbah AidilAdha yang disampaikan oleh Dewan Ulama’ PAS Kelantan (DUPK) yang dikecam hebat oleh umno.Respons yang sangat berbeza dibandingkan dengan isu MCA hina Islam dimana puak umno hanya menikus saja.
Alhamdulillah, pada hari raya ini, kita dapat menyambut perayaan terbesar ummat Islam, iaitu Idul- Adha, Hari Raya Qurban, bersempena ibadat qurban dan haji ummat Islam di Makkatul-Mukaramah. Ibadat qurban ini adalah berkait rapat peristiwa pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS semata-mata kerana taat setia dan kepatuhan mutlak hanya kepada Allah SW
Baginda mengajar kita supaya tidak sekali-kali membantah perintah Allah, walau seberat mana sekalipun.
Perintah menyembelih anak kesayangannya Ismail AS, yang tentu tidak masuk akal dan teramat berat, telah dilakukan dengan sepenuh penyerahan diri kepada Allah, tanpa apa-apa soal dan alasan.
Allah SW telah mengabadikan kisah agong ini dlm ayat 103-107 surah As-Saafat yang maksudnya:
“ Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat menjunjung perintah Allah, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dgn meletakan iringan mukanya mengiringi lambungnya untuk disembelih; Kami menyerunya : Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan perintah Allah dalam mimpi mu.Sesungguhnya begitulah Kami membalas orang yg berbuat baik.Ini benar-benar suatu ujian yang nyata dan kami tebus anak itu dgn sembelihan yg besar."
Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yg terkandung dlm kitab suci al-Quran. Ini termasuk dlm pelaksanakan hukum Hudud yang pernah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan penjajah.
Kita bukan disuruh sembelih anak tersayang seperti Nabi Ibrahim. Sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri, menyebat dan merejam org yg berzina, menyebat peminum arak dan membunuh org murtad. Semua mereka hendaklah di hukum dgn hukum Allah yg dijamin berkesan dan mendapat keampunan dari Allah. Mengutamakan hukum sivil mengatasi hukum Allah adalah satu penghinaan terhadap hukum Allah.
Muslimin,Muslimat yg dirahmati Allah sekalian,
Negara kita yg sedang menghadapi bencana keruntuhan moral dan peningkatan jenayah yg sangat membimbangkan.Pelbagai usaha dan denda dikenakan tetapi tidak berkesan.Berbilion ringgit telah dihabiskan dlm menghadapi gejala ini tetapi belum nampak kejayaannya.
Kenapa masih ragu-ragu terhadap hukum yg ditentukan oleh Allah untuk menghukum penjenayah? Sepatutnya pihak yg berkuasa berusaha bersungguh-sungguh memberi penjelasan dan merancang pelan pelaksanaannya. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hokum Hudud ini dikenakan kpd org Islam sahaja. Mereka diberi pilihan dihukum dgn undang-undang sedia ada atau Hukum Islam.
Apakah kita sudah benar-benar menghayati falsafah disebalik kisah ini? Tidakkah kita melihat dihadapan kita, banyak perintah-perintah Allah yg telah diabaikan dan tidak dilaksanakan? Bahkan dipandang serong oleh sebahagian ummat Islam yg memjunjung pemikiran sekular!
Betapa ramai ummat Islam yg tidak mengendahkan perintah kewajipam solat! Betapa ramai yg tidak menutup aurat sedangkan ia adalah perintah yg wajib! Ramai juga menghalalkan judi atas nama sukan sedangkan ianya haram disisi Allah!
Terdapat juga yg menolak hokum-hukum Allah dgn pelbagai alasan! Perjuangan menegakan hukum Allah yg merupakan perjuangan suci para anbia’ ditinggalkan!
Dan pelbagai kemungkaran telah dilakukan oleh ummat Islam tanpa segan dan silu. Semua ini menuntut kita bermuhasabah, sejauh mana penghayatan kita kpd kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS ini, bukan hanya mengulang cerita semata-mata.
Adakah kita benar-benar beriman kpd Allah? Atau hidup kita penuh dgn kekufuran? Tepuk dada, tanyalah Iman.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Di hari ini dan har-hari tasyriq kita melakukan ibadat qurban dgn menyembelih binatang ternakan.Kita dilatih dgn ibadat ini untuk berqurban apa sahaja kerana agama, sama ada dgn harta atau pun nyawa.
Darah-darah qurban memancut pembakar semangat kita untuk terus berjuang menegakan syariat Allah di bumi ini.Tekanan dari pihak kufar dan munafiqin- berupa ejekan,tekanan ekonomi dan politik tidak akan mematahkan semangat pejuang-pejuang Islam.Mereka yaqin bahawa agama Allah akan tetap menang sebagaimana yg dijanjikan oleh Allah.
Fajar kemenangan Islam sedang menyinsing naik.Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Yunisia adalah bukti kebenaran janji Allah. “Takkan Hilang Islam Di Dunia”. Gerakan Islam sedang bangkit diseluruh dunia, ayuh! Marilah kita semua bersama-sama dgn gerakan Islam dan menjadi “UnsuruLlah”.
Rugilah mereka yg tidak bersama dgn perjuangan yg berlandaskan al-Quran dan Sunnah - Perjuangan para anbia’ dan mursalin. Hendaklah kita perbetulkan dasar perjuangan kita dgn meletakan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Disaat ini jutaan ummat Islam sedang menunaikan rukun Islam yg kelima di Makkatul-Mukaramah. Mereka menjadi tetamu Allah.
Jutaan ummat Islam dari pelbagai bangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk dunia melakukan wuquf di padang ‘arafah serbagai muktamar agong tahunan ummat Islam. Mereka disatukan oleh Allah dgn tuhan yg satu iaitu Allah, ugama yg satu iaitu Islam. Qiblat yg satu iaitu Kaabah.
Laungan yg satu iaitu takbir Allahu akbar.Mereka telah meninggalkan kampong halama dan negara , mereka meninggalkan anak-anak dan saudara mara, mereka meninggalkan segala pekerjaan dan perniagaan, mereka menghabiskan ribuan harta benda semata-mata menyahut panggilan Allah :
“LabbaikaLlahuma labbaik.Labbaika la-syarikalak labbaik. Innal hamda wa ni’mata, lakal-mulk; la-syarika-lak” Inilah demonstrasi terbesar ummat Islam bagi menggerunkan musuh-mush Allah.
Di Mina pula, mereka berdemonstrasi membaling batu sebagai simbolik penentangan tegas mereka terhadap syaitan yg menganggu perjuanganmereka menegakan syariat Allah.Kita mendoakan agar mereka mendapat haji yg mabrur dan istiqamah dlm pengorbanan mereka dlm melaksanakan dan menyahut segala perintah Allah bila pulang ke Malaysia nanti.
Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, Pelaksanaan Islam yg sempurna tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin yg jahil dan tidak berminat kpd sistem Islam.
Ingatlah bahawa pemimpin yg wajib kita pilih ialah orang yg mampu bukan setakad mampu membina jambatan didunia tetapi yg paling penting mampu membawakita untuk selamat semasa melintasi titian siratul-Mustaqim di akhirat nanti.
Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah orang yg menjual akhratnya kerana dunia orang lain iaitu dia sendiri tidak kalut dgn dunia tetapi terus mempertahankan orang yg gila dunia dan kuasa. Kita juga mesti mengelak daripada terlibat dgn sebarang rasuah dlm memilih pemimpin tambahan pula pemimpin tersebut adalah dzalim terhadap rakyat.
Jika mereka menabur wang ringgit dan menyuruh agar memilih serta mengekalkan kedudukan mereka lalu penerima wang tadi menurut kehendaknya semata-mata kerana mengambil wang tersebut maka dia telah terlibat dgn sasyuah.
Dalam hal ini amaran keras telah dinyatakan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu , maksudnya:
"Tiga orang dimana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari qiamat serta tidak sucikan? Mereka dan mendapat azab pedih adalah : …dan seorang lelaki yg taat setia kpd pemimpin dimana dia tidak taat kecuali kerana dunia.Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya."
Kenapakkah setelah sekian lama kita diperintah oleh mereka yg mengaku menjadikan Islam sebagai ugama rasmi, tetapi ummat Islam masih gagal menjadikan Islam sebagai cara hidup yg terbaik.
Allah berfirman dlm surah al-Haj, ayat 41 maksudnya :
“Iaitu mereka yg jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta member zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yg mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
Salah satu tugas terpenting pemerintah adalah “Amar maaruf nahi mungkar”. Tidak ada kemungkaran yg lebih besar kecuali kemungkaran menolak hokum Allah yg penuh kebaikan dgn menerima pelbagai hukum ciptaan manusia yg engkar terhadap Allah.
Sekiranya pemerintah Islam sendiri sanggup mengenepikan hokum Allah, maka sesebuah negara itu berhadapan dgn kemukaan Allah, apabila Allah murka, segala maksiat dan bala tidak dpt dielakan lagi.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Dunia dikejutkan lagi dgn penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Namun kali ini dlm bentuk filem berjudul Innocence of Muslim – yg menghina dan memaparkan penipuan ttg peribadi Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yg dibiayai oleh 100 org Yahudi dgn menelan belanja 5 juta dolar Amerika.Filem ini telah menyebabkan kemarahan ummat Islam di seluruh dunia sehingga tercetus demonstrasi yg berlaku hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Penghinaan ini merupakan episod perancangan musuh Islam yg begitu dendam dan dengki terhadap ummat Islam. Kita masih ingat pada tahun 2005, bagaimana mereka melakukan provokasi dgn karikatur yg menghina Rasulullah SAW di Denmark.
Hari ini Rasulullah SAW dihina lagi tetapi dlm bentuk filem. Allahu Ta’ala telah menjanjikan pembalasan yg pedih iaitu neraka jahanam kpd mereka yg menyakiti Allah dan rasulNya SAW. Firman Allah bermaksud :
Sesungguhnya orang yg menyakiti Allah dan RasulNya, maka Allah akan melaknat mereka di dunia dan di akhirat serta menyediakan untuk mereka siksa yg hina” (al-Ahzab :57)
Islam adalah agama yg penuh dgn adab. Antara adab yg diajarkan oleh Allahu Ta’ala iaitu beradab dgn RasulNya kerana Rasulullah SAW adalah manusia pilihan Allah yg dipelihara drp segala dosa dan maksiat dan wajib bersifat dgn sideq, amanah, tabligh dan fatanah.
Firman Allah dlm surah al-Hujrat ayat 3, maksudnya :
“Sesungguhnya org-org yg merendahkan suara semasa mereka berada di sisi Rasulullah, mereka org-org yg telah dibersihkan oleh Allah hati mereka utk bertaqwa mereka beroleh keampunan dan pahala yg besar.”
Muslimin dan Muslimat sekalian,
Islam meletakan garis panduan yg jelas bahawa mereka yg menghina Rasul boleh membawa kpd tergelincir ‘aqidah dan membawa seseorang itu keluar dari agama Islam.harus diingat, mereka yg menghina sunnah yg diajar oleh Baginda dan segala apa yg disukai oleh Baginda maka sebenarnya ia juga termasuk dlm kalangan yg menghina dan menyakiti Rasul.
Jika begitu penghinaan terhadap Rasul juga berlaku dlm masyarakat Melayu. Bukankah pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kpd Baginda?
Antaranya memperlekehkan sunnah janggut dgn mengatakan bahawa Baginda menyimpan janggut kerana tidak ada pisau Gillette, Hukum Islam tidak sesuai di zaman moden, menghina pelaksanaan Hukum Hudud yg menjadi satu hukum yg terdapat dalil dan nas kat’ie, mendakwa Hudud zalim, Hudud menghina wanita, Hudud melanggar prinsip Hak Asasi Manusia. Jika hukum potong tangan dilaksanakan maka akan kudung tangan-tangan orang Melayu maka mereka akan mundur dan pelbagai lagi penghinaan yg dilakukan oleh masyarakat Melayu yg mengaku Islam.
Awas! Perkataan sebegini boleh menggugurkan ‘aqidah kerana ia juga termasuk dlm kategori menghina Rasulullah SAW. Ummat Islam wajib mempertahankan Baginda rasulullah SAW drp segala penghinaan ini kerana Baginda terlalu istimewa buat kita semua. Baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam.
Antara tindakan ummat Islam bagi mempertahankan Baginda Rasulullah SAW ialah :
1) Mengikut akhlak baik yg diajar oleh Baginda untuk diamalkan dlm kehidupan kita.
2) Menunjukan akhlak dan budi pekerti yg baik kpd masyarakat bukan Islam hingga mereka tertarik dgn Islam.
3) Mempelajari seerah Nabi SAW berkaitan sejarah perjalanan hidup Baginda, cabaran yg dihadapi serta perjuangan Baginda menghapuskan taghut.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Mutakhir ini ramai org bercakap ttg perpaduan. Kita diminta supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah, berkelahi dan jgn bermusuh-musuhan.Jadilah seperti batu bata dlm sebuah bangunan yg saling mengukuh antara satu sama lain. Seruan ini tidak dinafikan sangat baik.Namun timbul persoalan – hendak bersatu atas asas apa? Adakah atas asas bangsa Melayu atau atas asas sesame rakyat Malaysia atau asas aqidah Islamiah?
Rasulullah SAW sewaktu berdakwah pada permulaan Islam mengajak ummat Arab Mekah supaya memeluk Islam dgn meninggalkan kerja-kerja syirik.Baginda mengajak supaya bersatu atas asas aqidah tauhid dan kesatuan Islam. Kerana itu ramai kaum masyarakat musyrikin menuduh Baginda pemecah belah masyarakat, perosak perpaduan ummat Arab, penghina segala apa yg telah dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Kata-kata seperti ini diucapkan oleh salah seorang ketua mereka bernama ‘Utbah bin Rabi’ah. Antara lain beliau menyebut:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) anak saudara ku, kamu telah membawa satu perkara besar kpd kaum engkau. Engkau telah memecah belah persatuan dan perpaduan mereka, enkau merendah-rendah dan menghina orang-orang baik dikalangan mereka,engkau menghina dan mencaci tuhan-tuhan dan juga agama mereka, engkau mengkafirkan datuk nenek dan bapa-bapa mereka.Wahai Muhammad, dgrlah dari ku, aku menawarkan kpd engkau beberapa perkara semoga engkau memilih dan menerima sebahagian drpdnya.”
Mendengar tawaran bapa saudaranya, Baginda bertanya, “Apakah tawaranitu wahai bapa saudaraku? Sebutkanlah, aku akan mendengarnya.”
‘Utbah berkata, “Wahai anak saudaraku, sekiranya engkau mahu dgn melalui agama baru yg engkau bawa itu, utk mendapat harta kekayaan, kami akan himpunkan harta-harta kami drp hasil pungutan itu.Kami akan beri kpdmu dan kamu akn menjadi org yg paling kaya dikalangan kami.
“Jika kamu mahukan kemulian atau pangkat, kami akan mengangkat kamu menjadi ketua kami yg paling mulia. Jika kamu hendak menjadi raja, kami akan melantik kamu menjadi raja kami.Jika kamu dirasuk jin dan tiada sesiapa pun yg mampu merawat mu, kami akan mencari tabib dan bomoh untuk kami upah kpd mereka supaya mereka dpt merawat dan menyembuhklan penyakit kamu.”
Setelah selesai ‘Utbah mengemukakan tawaran-tawaran tersebut, Baginda terus membaca awal surah Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke 14; yg antara lain bermaksud :
“Ha mim.Alquran diturunkan dari tuhan yg maha pemurah lagi maha penyayang, kitab yg dijelaskan ayat-ayatnya utk faedah kaum yg mahu mengambil tahu dan membawa berita gembira serta member amaran buruk, tetapi kebanyakan mereka berpaling (drpnya).Mereka tidak mahu mendengar bahkan mereka berkata, hati kami berada dlm tutupan yg menutup apa yg kamu seru kami kpdnya dan telinga kami ada sumbatan. Kemudia diakhirnya Allah menyebut :
Jika kamu berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Aku member amaran kpd kamu dgn azab yg dahsyat iaitu petir, seperti petir yg telah menyambar kaum ‘Ad dan kaum Tsamud.”
Dari kisah panjang lebar di atas, jelas bahawa org kafir musyrikin Mekah menuduh Baginda sebagai menghina agama mereka.Mereka bersikap demikian tidak ada sebab lain kecuali kerana Baginda mahu menyatukan mereka diatas ajaran al-Quran, diatas agama Allah, agama tauhid,agama perpaduan, agama yg menolak kezaliman, kesesatan dan syirik. Jadi perpaduan yg kita mahu – kalau mengikut Islam ialah perpaduan yg diambil drp Baginda SAW, melalui ajaran al-Quran dan Sunnah, bukan melalui kebangsaan yg sempit dan bukan melalui pemahaman secular yg sesat.
Firman Allahu Ta’ala, surah ali-Imran ayat 103, maksudnya:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kpd tali Allah (agama Islam) dan jgnlah kamu bercerai berai.Dan kenanglah ni’mat Allah kpd kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dulu. Lalu Allah menyatukan diantara hati-hati kamu. Maka menjadilah kamu dgn ni’mat Allah itu org-org Islam yg bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kpd mu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan