Altantuya Hidup Balik Sedang Bergerak Ke PWTC

Mohd Sayuti Omar
Petang ini Ha Najib Razak dan pemimpin Umno akan menyimpulkan segagala perbahasan dalam perhimpunan agung Umno termasuklah menyimpulkan segala macam maki hamun, sumpah saranah yang dilemparkan ke atas pembangkang selama empat hari bersidang.

Bagaimana pun bukan kesimpulan terhadap maki hamun perwakilan kepada pembangkang termasuk sinikal kejam Mohamad Alwi Che Ahmat kepada Nik Aziz itu yang dinanti-nantikan, tetapi apa ditunggu ialah jawaban Najib kepada beberapa isu yang meletup di luar dewan merdeka merdeka.
Isu yang meletup di luar dewan merdeka sangat dinanti dan menuntut Najib membuat penjelasan. Bahkan isu-isu itulah menjadi signifiken kepada perhimpunan terakhir Umno sebelum parti itu akan kehilangan keramat.
Bila besar nanti anak ini akan mencari pembunuh ibunya

Tanpa penjelasan terhadap isu-isu yang meletup itu berbagai resolusi dan usul yang diamnbil di perhimpunan tidak bermakna. Ia sia-sia saja dan meletihkan. Mungkin kira-kira 2,500 perwakilan Umno - itu pun tidak semua berpuas hati dengan perhimpunan kali ini, apalah lagi dengan pemerhati dan rakyat di luar sana, mereka lagi tidak berpuas hati kerana apa yang disaksikan di dewan merdeka itu adalah sandiwara klasik yang diulangi.

Isu-isu panas dan yang menjadi seperti bom jangka yang diletupan diluar dewan menuntut penjelasan tuntas dari Najib Razak. Najib tidak dapat mengelakkan kerana ia menyentuh soal integriti kerajaan beliau dan Umno. Makanya isu-isu ini menjadi sangat terdesak untuk dijawab oleh Najib dan menjadi prioriti daripada terus mengulas dan memperpanjangkan ejekan kepada kepada pembangkang.

Bagi ahli Umno mereka akan balik bagaikan itik pulang petang - 'biyan' (tembolok) penuh dengan dengan makanan dan esok akan buang najis dalam reban; sebab di perhimpunan atau untuk hadir ke perhimpunan itu semuanya disediakan termasuk makan minum dan wang saku. Begitu juga isu-isu dan bahan fitnah telah dibekalkan kepada mereka untuk diecerkan di kampung-kampung, tetapi tidak bagi orang ramai mereka mempersoalkannya mengenai isu-isu yang meletup di luar dewan itu.

Bagi orang ramai dan rakyat mereka tidak lagi fokus kepada apa yang dijelaskan didalam dewan berhubung maki hamun tetapi apa ditunggu-tunggu ialah jawaban kepada apa yang ditimbul menerusi isu yang meletup di luar dewan merdeka, itu yang sangat meruja dan mengejutkan. Isu-isu itu bagaikan halintar yang memanah kepala Najib dan Umno.

Isu-isu dimaksudkan ialah mengenai pendedahan Deepak Jaikishan mengenai penglibatan keluaraga Najib yang membantunya berhubung urusniaga taukeh karpert itu dalam perkongsian pembelian sebidang tanah dengan seorang wanita Umno. Ada kemisterian di sebalik urusniaga itu dan inilah yang menjadi tanda tanya.

Apa didedahkan Deepak Jaikishan itu satu rahsia besar yang selama ini cuba disembunyikan. Walaupun perkara ini sudah menjadi persoalan tetapi ia seakan tersembunyi sekejap dan kini timbul balik. Semuanya bermula apabila Deepak Jaikishan dikatakan ditipu atau dipermain-mainkan oleh wanita Umno berhubung dengan pembelian tanah. Deepak Jaikishan baru mengenali hati budi bagaimana seorang wanita Umno.

Penipuan atau pun pembolotan harta rakyat bukan saja dilakukan oleh ahli Umno jantan dan muda tetapi ahli wanita Umno tua dan wanita Umno remaja juga. Mereka adalah sama saja menipu dan membolot harta rakyat. (Apologi kepada orang Umno yang tak makan bangkai).

Mungkin soal Deepak ditipu oleh wanita Umno itu tidak begitu besar dan membimbangkan. Yang lebih parah dari itu ialah apabila Depak membayangkan dia terlibat dalam kerja-kerja untuk mempengaruhi penyiasat persendirian P Balasubarmanian agar mengubah akuan bersumpah (SD)nya yang membabitkan pembunuhan Altantuya.

Dalam SD pertama penyiasatan itu ada menyebut bahawa pembunuhan Altantuya ada sangkut paut dengan Najib atau individu tertentu keluarganya. Bagaimana pun tidak semena-mena SD itu diubah dengan memadamkan beberapa penjelasan dan pengakuan awal termasuk sangkutan dengan Najib tadi.

Pengubahan SD oleh Bala itu dilihat ada kaitan dengan peranan Deepak manakala Deepak pula dilihat seakan mendapat sesuatu (upah atau imbuhan) di sebalik usahanya sehinggakan SD pertama Bala itu dipinda. Inilah orang nampak di sebalik isu Deepak ini yang boleh menyebabkan darah Najib akan naik sampai ke rambut.

Jadi kemunculan Deepak beberapa jam menjelang Najib memberi ucapan utama di dewan merdeka sesuatu mengejutkan. Dan ia sudah tentu isu ini menyebabkan Najib menggeletar dan menuntut dia menjawab pada ucapan penggulungan nanti. Tanpa jawaban Najib rakyat diluar sana akan tetap beranggapan isu yang disebut Deepak itu adalah benar dan Najib terus hendak menyembunyikan anak 'arbok' di dalam kocek bajunya.

Isu kedua ialah mengenai pendedahan bekas IGP Musa Hasan kononnya Hishamuddin Hussein telah membuat arahan langsung kepada polis tanpa diketahui olehnya sebagai ketua polis. Apa dilakukan Hishamuddin adalah satu penyalahgunaan kuasa yang besar. Kita semua ingat macam mana Anwar Ibrahim pernah dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa apabila beliau meminta polis bertindak dan mengawal seorang betina sial yang menabur fitnah ke atasnya.

Natijah dari tindakan itu menyebabkan Anwar didakwa atas kesalahan rasuah. Jadi apa dilakukan Hishamuddin seperti mana didakwa Musa itu sama dengan apa yang dilakukan ke atas Anwar. Dari segi semangat kejadian itu Hishmuddin juga perlu ditangkap dan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri. Adalah tidak adil, dan nampak sangat undang-undang kita haprak kalau ianya dikenakan kepada seseorang dan seseorang lain pula dilepas dan dibebaskan.

Mengenai salah laku Hishamuddin ini Najib kena bertanggungjawab. Dia kena perjelasakan. Dan sekiranya apa didakwa Musa itu tidak betul, Najib perlu untuk mengarahkan agar Musa Hasan ditahan hari ini juga kerana pendedahan dibuat itu menyentuh soal intergriti kerajaan dan ia mencabar transformasi Najib yang kononnya mahukan ketelusan dan keadilan dalam parti dan kerajaan.

Isu ketiga ialah yang berkaitan dengan isu pertama tadi. Tidak semena-mena isu pembunuhan kejam ke atas Altantuya hidup kembali. Kalau sebelum ini kematian Altantuya sudah hampir hilang dan luput bersama kerangka dan debu-debunya yang dibawa pulang ke Olur Batur Mongolia, tetapi kini ia hidup kembali.

Dengan apa didedahkan oleh Deepak itu dan mengambil kira penyalahgunaan kuasa dilakukan Hishamuddin menyebabkan tulang-tulang Altanyuta yang berselerak kini bergerak dan berhimpun membentuk lembaga Altantuya. Cebisan daging yang hancur dan menjadi debu dan humas kini berhimpun dan berpadu kembali kemudian melekat ditulang mengikut kedudukan asalnya. Justeru kini lembaga Altantuya bangkit dan bangun kembali. Dia kini sedang berjalan perlahan-lahan menurun Bukit Puncak Alam dan menuju ke PWTC.

Kemudian ia berjalan dan bergeliwat di dewan merdeka. Makanya sudah tentu Najib dan pemimpin Umno termasuk Zahid Hamidi kena halau lembaga itu, kena runtuh lembaga Altantuya itu. Sekiranya Najib dan pemimpin Umno gagal menghalaunya sudah pasti lembaga Altantuya yang dijampi oleh P Balasubarmanian dan Deepak akan bergerak dan berjalan.

Lembaga Altantuya akan round seluruh Malaysia menceritakan nasibnya, menceritakan siapa matermind membunuhnya dan akhir sekali akan menunjuk kepada 29 juta rakyat Malaysia siapa mencengkek lehernya sebelum ditembak. Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Omar yang membunuh Altantuya tidak akan muktamad. Dunia tetap akan meragui keputusan itu sampai ke bila-bila?

Makanya petang yang mulia nanti kita sama-sama tunggu apakah Najib dan pemimimpin Umno bersuara atau tidak tentang segala isu itu. Dan kalau pun mereka bersorak kegembiraan kerana perhimpunan itu berjaya menggemburkan semangat, menguatkan tekad, tetapi percayalah nun jauh di lubuk hati, mereka digodam keresahan dan setiap telinga orang Umno terdengar dengan rintihan tolonggg... tolonngggg.... dari Altantuya Sharribbu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan