Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan.
Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa terlibat dalam apa yang menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008.
Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan protes di El-Mahalla El-Kubra.
Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes.
Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes.
“As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope.” – Asmaa Mahfouz
Kumpulan pemimpin belia seperti Ahmed Maher, Mohammed Adel, dan Asmaa Mahfouz terus meningkatkan pengetahuan tentang aktivisme dan perhimpunan aman. Mereka juga menggunakan masa ini memupuk hubungan sosial mereka dan menganjurkan demonstrasi kecil. Belia menggunakan blog dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan perbincangan, perbahasan, pendidikan dan pengurusan.
Pada bulan Januari tahun 2011, Asmaa dan rangkaian kawan-kawan telah mendapat cetusan ilham untuk mendapatkan perubahan dalam sistem pemerintahan Mesir apabila Warga Republik Tunisia, telah berjaya menjatuhan diktator yang telah memerintah selama 23 tahun di negara mereka melalui satu siri demonstrasi jalanan secara aman.
Memandangkan Mesir dan Tunisia mengalami masalah yang sama iaitu rejim diktator, orang ramai di Mesir juga memasang cita-cita untuk menjatuhkan rejim diktator mereka pula. Walau bagaimanapun, di negara di mana anggaran 18.000 aktivis telah dipenjarakan dan adalah menyalahi undang-undang untuk berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada lima orang tanpa kelulusan kerajaan, orang Mesir mempunyai halangan utama yang lebih besar iaitu ketakutan dalam diri rakyatnya.
Takut kerajaan, takut penculikan, takut gangguan dan penderaan. Kebimbangan ini telah berjaya mengekalkan kuasa rejim selama tiga dekad. Perasaan takut inilah yang menyebabkan ibu bapa Asmaa tidak bersetuju dengan usaha beliau untuk mencetuskan perubahan. Kebimbangan ini juga menyebabkan ramai aktivis menggunakan nama anonymous di laman web untuk mengelakkan dikenal pasti dan ditangkap.
Namun segalanya berubah pada January 18th, 2011 apabila Asmaa Mahfouz memutuskan untuk mengatasi kebimbangannya dan meminta orang lain untuk menyertai beliau dalam protes. Beliau memuat naik video dirinya dalam talian memaparkan dirinya bercakap di hadapan kamera. Dengan berani beliau memperkenalkan dirinya dan menyeru orang lain untuk menyertai beliau dalam protes di Tahrir Square pada 25 Januari.
“I, a girl, am going down to Tahrir Square, and I will stand alone. And I’ll hold up a banner.” “I wrote that whoever is worried about this country should come with me, and that anyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me.”- Asmaa Mahfouz
Videonya telah dikongsi secara meluas di Facebook, blog dan telefon bimbit, keberanian mesej beliau dan telah berjaya menaikkan semangat dan menjadi inspirasi di seluruh negara. Asmaa dan yang lain mula mengedarkan risalah, membuat lebih banyak video untuk menggalakkan orang lain untuk turut hadir pada 25 Januari.
Pergerakan Pemuda itu hanya menjangkakan kehadiran beberapa ribu, tetapi lebih daripada satu juta orang Mesir muncul. Sokongan terus-menerus datang daripada seluruh pelosk Mesir. Berjuta-juta orang terus menuju ke Kaherah dalam tempoh dua minggu untuk menyertai protes. Segenap lapisan masyarakat Mesir turut kelihatan dalam protes tanpa mengira usia, agama dan kelas sosio ekonomi, mereka bersatu untuk tujuan yang sama.
Pihak polis anti rusuhan menggunakan setiap kaedah yang ada untuk menghentikan demonstrasi tetapi telah ditenggelami oleh jumlah rakyat jelata yang besar. Secara keseluruhannya, penunjuk perasaan kekal komited kepada protes aman walaupun berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.
“All Egyptians, not only the protestors, have broken through the fear barrier, therefore I expect only one outcome – protests will continue until Mubarak steps down from power.” – Asmaa Mahfouz
Menjelang 11 Februari Presiden Mumbarak akhirnya meletak jawatan dan rundingan untuk kerajaan baru bermula. Peletakan jawatannya mengingatkan masyatakat Mesir bahawa kuasa dalam demokrasi adalah milik rakyat.
Asmaa adalah seorang blogger yang pernah ditangkap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan