Mohd Sayuti Omar
Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.
Dakwaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang diemailkan kepada saya sekejap tadi
MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik.
Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan.
Berikut adalah kenyataan Che'GuBard:
Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).
Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian?
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.
Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.
Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan