Malaysia Chronicle
Apabila anda mahu memusnahkan seseorang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, anda perlu merancang dan melaksanakannya dengan tepat dan dengan gaya tersendiri supaya usaha itu memberi kesan maksimum dan berkekalan. Jika tidak, ia boleh mengena kepada diri sendiri dan berkemungkinan akan berakhir dengan kecederaan yang serius ataupun kematian! Itu adalah perjalanan hidup dalam senario politik Malaysia dimana musuh jangan dicari, dendam pasti dibalas
Walaupun rancangan yang teliti telah dibuat dan mendapat sokongan namun ia tidak menjamin kejayaan setiap masa. Sebagai contoh, pemimpin Umno Tun Musa Hitam, TengkuRazaleigh dan Anwar Ibrahim semuanya telah menentang bekas ketua mereka, Mahathir Mohamad dengan sokongan dan doa dari penyokong-penyokong mereka. Namun mereka gagal untuk menggulingkan si licik lagi Machiavelli Mahathir, yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun.
Kadang-kala, mereka yang berkuasa apabila ingin menyingkirkan sesorang yang juga punyai kuasa, boleh meminta bantuan pihak ketiga. Contoh yang paling jelas adalah orang upahan menggunakan orang upahan lain termasuk pemimpin Umno seperti Perdana Menteri NajibRazak dan 'mangsa' liwat palsu SaifulBukhari yang 'membantu' antara satu sama lain untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan daripada ketua-ketua polis. Individu seperti UmmiHafilda, S Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, yang selalunya muncul untuk menyebarkan ‘pekung’ Anwar pada masa yang strategik, juga boleh diletakkan dalam kategori yang sama seperti Saiful.
Terdapat juga mereka yang akhirnya mati! Ingatkah lagi pada TeohBeng Hock dan Ahmad Sarbani? Kedua-dua mereka ini terpaksa membayar dengan nyawa kerana enggan menurut apa yang dikehendaki panglima UMNO semasa siasatan rasuah tak lain tak bukan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sudah tentu, terdapat beberapa orang yang lebih bernasib baik seperti Raja Petra Kamaruddin, yang 'terlebih-mengkritik’ mereka yang berkuasa dan terpaksa lari ke England, di mana dia kini hidup dalam kemewahan. Artis Rap dan pelakon filem Namewee begitu berani mempermainkan Lagu Kebangsaan tetapi kemudiannya dipaksa untuk meminta maaf.
Maksud semua ini adalah orang kebanyakkan perlu membayar akibat yang mahal sekiranya mereka berani bercakap menentang pemimpin-pemimpin Umno-BN, terutamanya golongan elit Umno yang kejam, panglima yang tidak akan berhenti dari usaha menghapuskan mereka yang cuba untuk mendedahkan urusan haram mereka dan kontrak perniagaan yang mega.
Jadi bagaimana kita harus menganalisis kes Deepak Jaikishan dengan pendedahannya terhadap Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno yang bukan calang-calang orangnya! Siapa yang menjadikannya begitu berani? Apakah permainannya? Adakah ia sejenis peras ugut? Atau apakah ia hukuman atau 'ganjaran'?
Bukan semudah kes peras ugut mahupun balas dendam
Mari kita mulakan dengan menganggap dakwaan Deepak terhadap ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah sebagai urusniaga biasa yang telah menemui kegagalan . Tetapi, , kenapa dia tidak hanya menyelesaikan masalahnya di mahkamah dan tanpa perlu menghebahkan skandal itu?
Mengapa Deepak menghebohkan dakwaan itu apabila perhimpunan agung UMNO sedang berlangsung dan kenapa dia seperti mahu berusaha untuk memastikan seluruh negara tahu tentang keluarga Najib yang mendapat wang yang banyak dengan membantu Ropiaah untuk mendapatkan kontrak Kementerian Pertahanan itu? Apakah faedah yang akan diperolehi oleh Deepak dengan mengheret Najib ke dalam persengketaannya dengan Ropiaah? Bukankah Deepak telah merumitkan lagi keadaan apabila membabitkan seorang yang berkuasa seperti penyandang jawatan Perdana Menteri semasa negara?
Banyak persoalan yang timbul di fikiran tetapi masih lagi tidak ketemu jawapan yang tepat. Kecuali jika Najib dan isterinya RosmahMansor merupakan sasaran utama Deepak pada mulanya. Jika benar, semua teka-teki akan terjawab dengan sempurna.
Konspirasi dalaman Umno untuk menjatuhkan Najib
Dia hanyalah seorang peniaga permaidani yang pernah menjadi kawan akrab Rosmah Mansor. Siapalah Deepak untuk 'memeras ugut' Najib tanpa segan silu dan halangan? Deepak perlu berhati-hati dengan akibatnya. Bukan sahaja Beng Hock dan Ahmad Sarbani menjadi peringatan kepadanya, jangan lupa juga pada Altantuya! Ya, wanita jelita Mongolia yang telah ditembak dan diletupkan oleh bekas pengawal-pengawal peribadi Najib.
Bagi Najib pula, nampaknya dia amat terkejut. Jika Deepak telah memberi amaran terlebih dahulu, penyokong Najib mungkin akan cuba membayarnya untuk mengelakkan PM itu malu. Nampaknya, Najib tidak menjangkakan serangan hendap itu walaupun sekarang ada cakap-cakap dalam kem Najib bahawa RM160 juta wang dalam bentuk pinjaman ditawarkan bagi Deepak untuk 'menutup mulutnya'.
Mengapa Najib tidak bertindak untuk menangkap Deepak? Mengapa pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak mempertahankan presiden mereka dari tuduhan Deepak? Mengapa Deepak masih bebas dan berterusan membuat pendedahan?
Malah DAP telah membuat laporan polis terhadap Deepak kerana didakwa tidak bekerjasama memberi maklumat bahawa Najib telah terlibat dalam mendapatkan akuan berkanun untuk menerbalikkan akuan yang menceritakan pembunuhan Altantuya. Tetapi Umno dan BN hanya menutup mulut dan seolah-olah memekakkan telinga sahaja.
Ia kelihatan seperti Deepak BENAR-BENAR mempunyai sokongan yang kuat dibelakangnya terhadap 'pasangan pertama’, iaitu Najib dan Rosmah. Sekarang, bagaimana ini boleh berlaku?
Adakah Deepak didalangi Anwar dan PR?
Kita boleh menolak andaian bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat disebalik kisah ini kerana blogger Umno, Papagomo telah menyiarkan klip video yang kononnya menunjukkan Deepak membuat perjanjian dengan seorang yang rapat dengan Anwar. Mengapa? Kerana Papagomo telah juga kehilang kredibiliti dan sedang berhadapan dengan beberapa saman. Reputasi Papagoma telah musnah. Malah partinya membuangnya kecuali mereka yang sepertinya juga -tidak puas hati.
Juga, Papagomo sebenarnya mewakili 'pembangkang' dalam Umno. Ini merupakan panglima-panglima dan puak yang mahu menendang Najib keluar dari jawatan tertinggi Umno secepat mungkin. Jadi, sambil menuding jari pada Anwar, apa yang Papagomo sebenarnya telah lakukan adalah memberitahu semua rakyat di Malaysia bahawa bukan Anwar dan PR yang berada di belakang Deepak. Oleh itu, dalang-dalang yang berada di belakang Deepak merupakan orang-orang Umno sendiri.
Untuk tahu siapa dalang disebalik Deepak dalam Umno, kita mesti bertanya soalan ini – siapakah yang akan mendapat manfaat paling besar dalam Umno jika Najib dilucutkan dari kuasa? Jelas sekali, orang itu mestilah seseorang yang mengintai jawatan PM untuk dirinya sendiri – orang yang sedang menunggu untuk menjadi PM. Orang yang paling memenuhi kriteria ini sekarang adalah MuhyiddinYassin. Ya, dia sedikit lembap dan tidaklah begitu kreatif untuk berimaginasi atau berbakat tetapi Najib masih sedikit ok darinya. Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa Muhyiddin tidak mempunyai pengikut yang ramai. Dia adalah 'penyendiri' dengan sokongan yang amat sedikit dari akar umbi.
Yang membawa kepada persoalan yang seterusnya. Siapakah yang memberi idea untuk menggunakan Deepak? Apakah tujuan sebenar orang ini atau orang yang tidak diketahui ini? Adakah mereka benar-benar menyokong Muhyiddin atau adalah mereka hanya mahu bersembunyi di belakangnya untuk menyerang Najib dan kemudian apabila kerja telah siap, mereka juga akan bertindak untuk ‘menjatuhkan’ Muhyiddin?
Penyokong Musa Hassan dahulu dalangnya sekarang?
Terus terang, nama Mahathir adalah yang pertama muncul diminda sebagai tangan hitam yang paling berkemungkinan menyokong Deepak. Walaupun hubungan secara langsung tidak boleh dibuktikan, rakyat Malaysia boleh membuat kesimpulan yang 'logik' disini.
Ia juga Nampak ketara apabila Mahathir - yang suka memberi pendapatnya dalam apa jua isu walaupun selalunya dengan tanpa diminta – dengan misterinya memilih untuk kekal senyap setelah Deepak membuat pendedahan. Lagipun, jika anda rasa hormat dan menyokong seseorang - seperti Mahathir yang menyatakan sokongan terhadap Najib – dia pasti akan sakit hati dan marah atas tuduhan Deepak.
Jika anda sayang akan UMNO, anda cuba mempertahankan UMNO dengan apa jua cara. Tetapi mengapa apabila pembabitan Najib dalam kes Ropiaah didedahkan di khalayak ramai, tiada siapa dalam Umno yang mahu mempertahankannya? Begitu juga dengan tuduhan Deepak yang melibatkan skandal Scorpene-Altantuya - tiada siapa kecuali ahli kumpulan Najib sendiri yang mempertahankannya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya hanya mendiamkan diri.
Dan bukan hanya itu, Musa Hassan bekas KPN juga seperti turut membantu menambah garam ke luka Najib. Musa mengejutkan negara dengan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib yang paling dipercayai, sering campur tangan dalam kerja-kerja polis.
Tidak dinafikan, terdapat usaha bersepadu untuk memusnahkan Najib oleh musuh-musuhnya dalam Umno. Dan logiknya, orang yang akan mendapat manfaat yang paling besar jika Najib dilucutkan dari kuasa sedang adalah Muhyiddin dan mereka yang menggunakan Muhyiddin untuk mencapai matlamat mereka sendiri.
Sharizat lebih mendapat simpati dari Najib
Mari kita lihat Musa Hassan. Dia paling setia pada Mahathir. Lagipun, Musa merupakan seorang yang telah memainkan peranan penting membantu Mahathir untuk menyingkir Anwar dan untuk itu, Musa telah diberi ganjaran dan dilantik ke jawatan KPN apabila Mahathir menjadikan dirinya Menteri Dalam Negeri. Bukankah ia agak ganjil apabila Musa tidak pernah menuduh Mahathir menyalahgunakan kuasa tetapi dia telah menyerang Hishamuddin?
Berbekalkan 22 tahun pemerintahan, tidak mustahil jika Mahathir tidak pernah campur tangan dalam kerja polis. Atau bukankah ia lebih berkemungkinan bahawa bagi setiap kes apabila Hisham menyalahgunakan kuasanya, Mahathir akan pernah melakukan perkara yang sama sekurang-kurangnya 3 kali lebih kerap.
Jika mereka dapat melakukan apa yang mereka suka, ramai pemimpin UMNO akan mengatakan bahawa mereka tidak mahu Najib terus menjadi presiden mereka kerana Najib membawa terlalu banyak 'bagasi' dan skandal.
Terlalu banyak usaha, sumber dan masa yang telah dibelanjakan untuk membuat Najib kelihatan baik, tetapi semua usaha itu telah masuk ke dalam longkang. Statistik terkini terhadap popularitinya telah hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus, yang merupakan satu penghinaan besar terhadap UMNO dan satu petanda bahawa kehancuran boleh dijangkakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Serangan hendap ala gerila Dr M terhadap Najib dan Rosmah
Berbeza dengan "Dasar Pandang ke Timur" Mahathir dan "Wawasan 2020" yang kekal popular dan diingati oleh ahli-ahli UMNO dan para pemimpinnya, program Transformasi Najib dan slogan 1Malaysia hanya diwar-warkan oleh para menterinya, IdrisJala dan RaisYatim antaranya. Malah Shahrizat Jalil, ketua Wanita yang kehilangan jawatan kabinetnya akibat skandal NFC bernilai RM250 juta, telah mendapat simpati yang lebih daripada ahli-ahli dan pemimpin Umno berbanding Najib pada kemuncak krisisnya dahulu.
Malah, mengapa Mahathir, Muhyiddin, Ku Li, Nazri Aziz, Isa Samad, RaisYatim, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin seperti buat tak tahu dan tidak berkata apa-apa untuk mempertahankan Najib daripada tuduhan Deepak? Bagaimana mereka boleh mengaku setia kepada PM tetapi menutup mata apabila dia dituduh membunuh dan merampas kekayaan negara.
Mungkin petunjuknya terletak pada kata-kata Mahathir yang sering diulang-ulangnya iaitu ketidakserasiannya dengan Badawi menyumbang kepada UMNO yang berpecah belah, dan membawa kepada prestasi hambar BN dalam pilihan raya umum ke-12. Untuk pilihan raya umum ke-13, Mahathir yakin dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun lelaki berusia 87 tahun ini menyatakan secara terbuka sokongan kepada Najib dan mendakwa bahawa Najib telah melakukan yang terbaik, Mahathir sebenarnya sudah melancarkan serangan hendap ala 'gerila' terhadap pasangan pertama itu.
DIBUANG UMNO: Sendirian dan tergolek ke bawah tanpa brek
Oleh itu, adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah keseorangan dalam UMNO seperti yang kita boleh andaikan daripada pendedahan Deepak dan Musa. Dan oleh kerana begitu terkejut, tidak hairanlah Najib dan Rosmah tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas hanya berdiam diri sahaja daripada cuba membersihkan nama mereka.
Deepak dan Musa - dua lelaki dengan watak yang sangat berbeza - menunjukkan sekali lagi bahawa Najib dan Rosmah kini buangan dalam UMNO. Pasangan itu adalah seperti kanser di dalam parti kerana ia cuba keras untuk mengekalkan cengkaman pada kerajaan persekutuan. Untuk UMNO, kanser Najib-Rosmah telah disahkan sebagai petanda buruk. Ia telah menjadi terlalu besar dan boleh mencekik UMNO sehingga mati.
Satu-satunya penyelesaian adalah untuk membuang tumor itu tidak lama lagi. Pembedahan utama yang diperlukan sudah diberikan. Persoalan sebenar ialah BILAKAH UMNO akan mengeluarkan Najib dan Rosmah di bilik pembedahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan