Nur Amalina diserang lagi

Dukunpasir

PELAJAR TERBAIK SPM 2004, NUR AMALINA CHE BAKRI hari ni terus diserang dan dimarahi kerana dilantik sebagai duta We Love PM oleh Presiden Kelab WLPMC. Antara komen yang diterima ialah ....adakah Nur Amalina layak menjadi ikon pelajar?

Kita pernah digemparkan dengan perubahan mendadak Nur Amalina sejak dia belajar di Universiti Edinburgh yang imejnya berubah serta merta dari gadis bersopan dan bertudung kepada tidak bertudung, dari memakai baju kurung hingga kini tidak berkurung dari tidak pandai berparti, kini sudah pandai berparti...... Itulah antara alasan alasan yang diberikan untuk tidak melayakkan Nur Amalina sebagai Duta We Love PM untuk pelajar luar negara.
Kabarnya imej PM juga akan terjejas kerana melantik gadis liar menjadi Ikon.. tidak adakah pelajar lain yang boleh dijadikan ikon yang mempunyai imej dan ketrampilan yang disenangi semua pihak.. dan tidak semestinya bertudung itu jika bukan satu kemestian?

Ini adalah antara serangan dan kutukan yang dilemparkan pada Nur Amalina ....ingat ini baru serangan kita seagama dan didunia...belum lagi serangan di Akhirat ehhh!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan