senik
Assalamualaikum,,..
Setelah bertahun tahun, berkali kali pilihanraya, tiba tiba muncul Cikgu NON(sense), ahli seumur hidup PAS yang kaya raya menulis buku kafirkah aku? Kemudian berkokok lagi cikgu NON(sense) kerana PAS menyeleweng tabung Memali.
Tabung Memali yang pernah diketengahkan dengan auta yang cukup menarik di FB oleh seorang graduan UM bernama PAK OMAR dari Kedah, sekarang diteruskan oleh Cikgu NON(sense) yang menampilkan dirinya sebagai pengerusi tabung tersebut. Cikgu NON(sense) cukup sentimental ketika menyatakan ketidaksanggupan beliau melihat harta anak anak yatim disalahgunakan oleh pemimpin PAS. Memang prihatin Cikgu NON(sense) bersama PAK OMAR tentang tabung ini.
Cuma satu tertinggal, Cikgu NON(sense) dan PAK OMAR tidak nyatakan dari mana tabung in mendapatkan dananya, adakah dari kerajaan UMNO? Dan bagaimana kes saman Memali yang masih tidak berkesudahan, Siapakah yang membiayai kes mahkamah ini? Cikgu NON(sense) atau PAK OMAR?
Agak pelik dengan Cikgu NON(sense) dan PAK OMAR kerana lebih memberi tumpuan kepada aspek kebendaan dari kemanusiaan. Bukankah kes Memali seharusnya dilihat sebagai kes kekejaman Mahathir dan rejim UMNOnya yang sanggup membunuh bangsa sendiri semata mata mahu menjaga kekuasaannya dari tergugat? Kenapa Cikgu NON(sense) tidak all out menghentam UMNO kerana kekejamannya dan sudah tentu kes saman Memali yang berjalan bertahun tahun tanpa kesudahan seharusnya menjadi keutamaan kepada sesiapa jua yang bersimpati.
Meletakkan simpati kepada tabung yang disalahgunakan menampakkan Cikgu NON(sense) seperti PAK OMAR, pencacai yang diberi upah. Tipikal kepada para pencacai ini ialah mengutamakan wang ringgit dan cikgu NON(sense) menampakkan ciri ciri yang sama. Bukan perjuangan untuk menuntut gantirugi dari kerajaan yang kejam tetapi memperlekehkan tabung yang ditubuh dan diuruskan secara jemaah sehingga dituntutnya pernyata akuan yang lengkap macam sebuah syarikat perniagaan.
Apapun kepada sesiapa yang ingin bersama cikgu NON(sense) selain dari utusex sila angkat tangan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan