Orang ramai hanya melihat mayat Kepari dibakar dalam timbunan sampah sejurus diserang sekumpulan lelaki. Foto: AP
PORT MORESBY: Seorang wanita dipercayai mengamalkan ilmu sihir di bogel, dipukul dan dibakar hidup-hidup di khalayak ramai oleh sekumpulan penduduk kampung di bandar Wastern Hignlands, Papua New Guinea, kelmarin.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Simon Kauba berkata, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukan rayuan wanita itu selepas didakwa menyebabkan kematian.
"Penduduk berang terhadap wanita itu kerana menyebabkan kematian terhadap seorang budak ketika upacara sihir dilakukan," katanya.
Kepari Leniata, 20, dibakar bersama timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah berdekatan kawasan rumahnya.
Hukuman yang mendahului pihak berkuasa itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada pemimpin negara termasuk anggota polis.
"Setakat ini, penduduk di situ enggan bekerjasama dengan polis. Mereka masih percaya kepada pengamal bomoh," kata Simon.
Katanya, polis mengesyaki serangan itu dilakukan oleh lebih 50 lelaki. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan